Sabtu, 30 Ogos 2014

Dahulukan pembangunan insan


SETELAH lebih 50 tahun merdeka, sejarah membuktikan sistem pendidikan negara telah melalui pelbagai fasa transformasi dan kematangan yang disesuaikan dengan peredaran zaman.

Daripada sistem yang hanya didasarkan oleh sistem pendidikan Inggeris, kajian-kajian penambahbaikan telah dilaksanakan secara berterusan sehingga terhasilnya laporan seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Laporan Kabinet (1979). Hasil kajian-kajian tersebut telah memungkinkan kelahiran Dasar Pelajaran Kebangsaan serta falsafah pendidikan negara yang lebih jelas, sesuai dengan jiwa, cita rasa dan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Pada awalnya kita lihat, dasar dan sistem pendidikan negara ini disusun agar lebih menumpukan kepada usaha menyatupadukan semua kaum. Namun, setelah beberapa ketika, dasar pendidikan negara dilihat memberi penegasan pula ke arah pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan pendidikan kerohanian dan kurikulum yang lebih ala Malaysia.

Demikianlah fasa-fasa kematangan dasar pendidikan negara sehingga lahirnya suatu sistem pendidikan pada hari ini yang menekankan ke arah kecemerlangan ilmu bertaraf dunia yang dalam masa sama tidak mengabaikan aspek holistik dan perpaduan.

Dan dengan kajian, perubahan yang disusun, direncana dan dijalankan, negara melahirkan generasi Malaysia yang begitu progresif sebagaimana yang ada pada hari ini.

Fasa Transformasi Berterusan Dan Rasional Perubahan

Hakikatnya dari semasa ke semasa, kerajaan melalui kementerian pendidikan sememangnya melaksanakan pelbagai kajian dan soal selidik yang bertujuan menyesuaikan lagi sistem pendidikan sedia ada agar terus melahirkan generasi Malaysia yang berkualiti tinggi, sesuai dengan peredaran zaman dan sesuai dengan aspirasi Satu Malaysia.

Antara usaha terkini yang dapat kita lihat, ialah idea berkenaan perubahan dalam jumlah maksimum 10 mata pelajaran dan empat mata pelajaran teras yang boleh diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dengan perubahan ini, dipercayai golongan guru dan pelajar tidak akan lagi terbeban dengan mata pelajaran yang banyak untuk diajar atau dipelajari. Sebaliknya, fokus dan tumpuan dapat diberikan ke arah pemahaman pembelajaran dengan lebih baik.

Justeru itu, kita mengalu-alukan sebarang usaha kerajaan untuk menyemak dan memperbaharui semula sistem pendidikan Malaysia. Misalnya dalam aspek perpaduan, sistem pendidikan negara lagi tidak boleh menerapkan pengajaran "bertoleransi".

Sebaliknya perlu lebih menekankan kepada konsep "penerimaan" bersesuaian dengan idea Satu Malaysia yang diusulkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam aspek kerohanian dan kurikulum pendidikan pula, perubahan yang diperlukan mungkin daripada segi penambahbaikan sistem yang bersifat hafalan kepada pemahaman serta pembinaan holistik.

Kesemua intipati ini rasanya cukup perlu untuk melahirkan masyarakat Malaysia abad ke-21 yang sedang menghadapi pelbagai bentuk ancaman. Ia termasuklah usaha memecah-belahkan perpaduan rakyat, cabaran ilmu, ekonomi dan globalisasi. Dalam senario globalisasi ini, negara boleh terjerumus dalam kesusahan sekiranya generasi masa depan tidak dilengkapi dengan aspek intelektual.

Melihat kepada isu gejala rasuah, pertambahan jangkitan HIV dan AIDS serta isu penagihan dadah yang semakin meruncing, tidak hairan jika ada yang meminta agar aspek holistik dan kerohanian tidak dipandang remeh. Sebaliknya ia perlu diperkasakan dalam dasar pendidikan negara.

Sistem pendidikan harus menjadi wacana perubahan, membina generasi baru yang lebih berkualiti bukan hanya daripada aspek intelektual, tetapi juga akhlak.

Kaya Ilmu dan Kaya Peribadi Murni

Tiada guna kita melahirkan generasi yang kaya dengan ilmu tetapi miskin dengan peribadi murni.
Lahirnya generasi sedemikian yang memerintah negara pada masa depan, hanya akan memungkinkan negara terjerumus kepada "penjajahan alaf baru".

Peribadi murni akan membolehkan generasi yang lebih berwawasan dan berintegriti dalam memacu negara ke arah kemajuan.

Sekiranya garapan pembangunan modal insan itu diadun dengan tepat oleh sistem pendidikan negara, tidak mustahil untuk kita melihat anak-anak Melayu dan Islam mengulangi sejarah keagungan intelektual Islam yang dipacu oleh ilmuwan silam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Rusyd, Al-Razi, Al-Farabi dan Al-Khawarizmi.

Kita sememangnya merindukan lahirnya generasi dari kelompok ilmuwan Islam yang melakukan penemuan terkini dalam pelbagai bidang ilmu. Bukan sekadar penterjemah sahaja.

Dapatkah "kemarau panjang" ini diakhiri? Saya rasa jawapannya bergantung kepada kejayaan kita membangunkan modal insan yang cintakan Allah, cintakan ilmu pengetahuan dan berakhlak tinggi. Dan dengan izin-Nya, kita boleh berjaya, Insya-Allah.

FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)



Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Menulis' semula masa depan UMNO

SEIRING Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi, tulisan saya kali ini berkisar di bawah perspektif Re-Writing The Future History of UMNO atau "Menulis Semula Sejarah Depan UMNO". Ia saya wacanakan bersama cetusan emosi setelah meneliti pelbagai emel daripada mereka yang membaca ruangan ini.
Ada di antara e-mel berkenaan yang mempersoalkan kedudukan artikel-artikel saya yang sesekali condong "menyokong UMNO" dan menuduh saya begitu serius mempertahankan UMNO. Malah terdapat juga sebilangan kecil pengirim mempersoalkan "apa perlunya berbuat demikian?"
Menjawab persoalan-persoalan ini, cukuplah barangkali kalau saya katakan bahawa saya masih melihat perjuangan memperkasa dan memperbetulkan UMNO sebagai jalan terbaik demi masa depan orang Melayu di Malaysia. Rasionalnya, sehingga kini belum ada parti - termasuk Pas - yang cukup layak, berkredibiliti dan berkemampuan daripada aspek intelektual untuk terus memacu Islam, Melayu dan Malaysia ke mercu kejayaan.
Pengalaman mengendalikan negara berbilang kaum, menyusun rancangan ekonomi, hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa dan mengatasi ancaman musuh luar yang dimiliki UMNO adalah terlalu essential dan tidak boleh diperolehi dalam masa singkat.
Dalam kata lain, sekiranya ada kelompok Melayu yang berhajat untuk menggantikan UMNO seluruhnya, ia akan mengakibatkan orang Melayu terpaksa "belajar semula dari bawah".
Begitu juga selama mana orang Melayu masih gagal bersatu padu sepenuhnya, selagi itulah UMNO masih perlu dipertahankan dan perjuangan perlu dipertingkatkan. Apatah lagi di saat-saat kumpulan Melayu terlerai kepada tiga pecahan besar ketika ini.
Hari ini orang Melayu bagaikan semakin hilang punca dan tidak keruan melihat pendekatan politik 'gila-gila' perikatan pembangkang yang kononnya mewakili Melayu dan Islam dalam usaha menggapai kuasa.
Soal moral dan asas perjuangan seolah-olah sudah boleh dijual beli. Sebagai contoh, orang Melayu sehingga terpaksa meminta bantuan NGO-NGO Islam dalam kes kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.
Makin parah lagi apabila tali persaudaraan demi survival bangsa yang dihulurkan UMNO ditolak mentah-mentah oleh Pas atas alasan "sengketa lama".
Oleh itu, UMNO sebenarnya tidak ada jalan lagi melainkan memperbetulkan semula kesilapannya jika mahu meraih kembali sokongan Melayu demi masa depan negara. UMNO bukan zombie yang mempunyai jasad tetap tanpa mata hati.
Sebenarnya, ini boleh dilakukan jika pimpinan UMNO jujur dan tidak hipokrit. Hentikan pendekatan branding yang melampau tanpa pengisian roh Islam kerana ia bakal menjadikan UMNO seperti zombie.
Selain itu, pemimpin perlu mencari jalan untuk memenuhi pengharapan, tuntutan dan keinginan khususnya daripada kumpulan pengundi muda Melayu.
Antaranya termasuklah pengharapan tinggi agar UMNO terus memperkasakan elemen Islam yang menjadi jati diri akhlak dan budaya Melayu.
Resolusi 1Malaysia bagi saya hanyalah pendekatan untuk menyelesaikan isu perbezaaan bangsa, bahasa dan budaya sahaja tetapi bukan perbezaan agama. Kalau digunakan formula yang sama juga, tidak masuk akal jika kita wujudkan kempen "1Agama" sedangkan gagasan Inter Faith Commission (IFC) juga ditentang habis-habisan oleh masyarakat Islam Malaysia.
Atas dasar inilah, jasa-jasa UMNO dalam memartabatkan Islam perlu digali dan dihebahkan seluas mungkin sebagai sebuah organisasi Melayu yang memperjuangkan Islam selama ini. Pelaksanaan agenda Islam melalui pelbagai dasar dan pelaksanaan kerajaan melalui agensi-agensi negeri dan organisasi seperti Tabung Haji, mahkamah syariah, UIA dan Jakim.
Begitu juga hukuman sebat terhadap Kartika Sari baru-baru ini. Ia menunjukkan pengamalan undang-undang Islam yang diusahakan kerajaan UMNO.
Zaman berubah, Islam yang dipertahankan oleh UMNO kini berdepan dengan pelbagai cabaran baru. Antara lain ialah lahirnya aliran-aliran baru dukungan 'ikon-ikon Islam ternama' yang diiktiraf oleh media dan beberapa NGO yang bercanggah dengan syariah Islam aliran Ahli Sunah Wal Jamaah.
Justeru itu, saya menyarankan agar Fasal 3 (3) Perlembagaan UMNO bahawa parti itu akan terus menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia diberi keutamaan khusus oleh pemimpin UMNO. Islam perlu terus-terusan diperkasa dan dijadikan identiti utama UMNO.
Perlembagaan juga perlu mensyaratkan ahli dan pemimpin UMNO agar jujur, bermaruah dan "berjiwa Islam".
Sekiranya perkara utama ini dapat diperkemas dan diperbetulkan, tidak sepatutnya ada sebarang isu lagi yang boleh menghalang penyatuan umat Islam di Malaysia dan UMNO pasti mampu 'menulis' semula masa depannya dan perpaduan Melayu.
UMNO sebagai parti Melayu dan Islam perlu memberi keutamaan kepada ahli-ahlinya. Jangan sampai undi yang dikejar dari kaum lain tak dapat, undi Melayu sendiri pula keciciran.
FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive#ixzz3BrcSFbdY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

CR.LukmanMoidin & ShahfaliqTeo

Perlunya ‘Kongres’ menyatupadukan ummah


Oleh Feriz Omar

Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



UMAT Islam di Malaysia hari ini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan ancaman yang menyesakkan. Daripada permasalahan yang dicetuskan arus gelombang ‘Islam liberal’, ajaran-ajaran sesat yang berleluasa,
bawaan fahaman-fahaman luar yang mengelirukan (yang ada perbezaan tertentu berbanding fahaman mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah), hinggalah kepada perpecahan yang tercetus gara-gara kefanatikan politik yang melampau.

Lantaran dari itu, umat Islam dilihat bagaikan hilang punca, lemah dan tidak lagi mempunyai kekuatan iman yang sejati. Jauh daripada menjadi model akhlak kepada penganut-penganut agama lain, pencapaian Islam dilihat mundur serba-serbi sementara generasi muda pula dilihat semakin lari dari nilai dan penghayatan roh Islam. Apa yang dibimbangi tentunya ialah kesan buruk terhadap masa depan Islam dan Melayu selaku tunggak utama peneraju negara.

Menjiwai Erti Kata Mentauhidkan Allah

Hakikatnya, kesemua isu ini timbul oleh kerana kegagalan kefahaman dan pendefinisian Islam itu sendiri. Seandainya dari aspek pentauhidan Allah dan kekuatan akidah itu sendiri pada asasnya lesu, luntur dan kucar- kacir, bagaimanakah mungkin penjiwaan Islam yang hakiki mampu hadir dalam terjemahan realiti?
Inilah silapnya. Di sinilah hadir puncanya.
Bagi golongan muda-mudi, dapat dilihat bagaimana rapuhnya iman dan kekuatan jiwa mereka yang mudah ‘diresapi’ oleh hiburan Barat, budaya kuning dan liar yang melalaikan serta terlibat dalam pelbagai jenayah serta gejala sosial.

Bagi yang berpelajaran, dek kerana asas akidah yang tidak kukuh, sesetengahnya teraba-raba mencari erti kata rasional yang berakhiran dengan melibatkan diri dengan ajaran-ajaran sesat dan fahaman-fahaman yang menyimpang atau terlalu berbeza daripada pandangan-pandangan dalam mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lebih buruk dari itu, ada yang dikatakan terjerumus ke dalam gejala yang lebih dahsyat seperti murtad.

Dari kalangan kumpulan umur yang lebih ‘senior’, masalah kefahaman Islam pula terbentuk gara-gara mentaliti ‘ikut-ikutan’ yang telah terpupuk dalam minda masyarakat Melayu sejak sekian lama. Fenomena mentaliti ‘ikut-ikutan’ ini menyebabkan kurangnya minat penggalian dan sintesis ilmu.

Kesan dari itu, terjadilah perlakuan taksub membuta-tuli, semberono dan ‘ikut apa saja’ oleh segelintir umat Islam terhadap ‘imam yang dianuti’ sekalipun yang diserunya ialah ke arah perpecahan ummah!

Dalam masa sama, musuh-musuh Islam juga tidak pernah leka merencana pelbagai gerakan yang bertujuan memecah belah dan menjahanamkan Islam. Ia dimulai dengan pewarisan sistem ‘divide and rule’ yang disemai ketika era penjajahan, penyebaran dakyah-dakyah modenisasi yang meninggi-ninggikan budaya Barat, gerakan-gerakan tersusun ‘bawah tanah’ hinggalah kini pula strategi ‘penjajahan alaf baru’ dan penggunaan helah muslihat menggunakan ‘pemimpin boneka’.

Hakikatnya, kalau dari aspek asas sendiri kita telah gagal untuk menjiwai roh Islam, tentulah sukar untuk menangani cabaran-cabaran Islam dari luar yang lebih besar. Justeru, kita kini sebenarnya terdesak di suatu posisi yang menuntut supaya kembali kepada kebenaran Islam.

Kembalikan Roh Islam Melalui Kongres Perpaduan!

Atas kesedaran inilah saya terfikir, alangkah baik sekali kalau-kalau ada usaha dalam bentuk simposium dan perhimpunan yang mampu menyatupadukan kembali umat Islam.

Mesej suci 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Tun Razak hakikatnya akan lebih mudah dilentur dan dipupuk dalam jiwa masyarakat Malaysia seluruhnya, jika keutuhan perpaduan Melayu dan penjiwaan Islam dapat direalitikan ke tahap terbaik dan paling perkasa terlebih dahulu.

Kongres sebegini, jika diadakan tidak mustahil bakal menjadi suatu medium dan instrumen pemangkin, menyedarkan umat Islam terhadap cabaran dan ancaman yang terbentang. Sekali gus mengajak umat Islam kembali kepada Allah dan ajaran-Nya yang sejati.

Kalau hendak dirujuk sepanjang tahun lepas dan isu-isu berkaitan kepentingan Islam pada awal tahun ini, ramai yang pasti bersetuju bahawa kongres sebegini sebenarnya perlu diadakan pada peringkat nasional supaya impak mesejnya lebih meluas.

Namun sebagai permulaan, ada baiknya juga kita mula ‘bertatih’ di negeri-negeri yang berkecamuk. Jika hendak katakan saya prejudis dan memihak pun tidak apalah, tetapi pada saya negeri-negeri yang huru-hara secara nyatanya adalah negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang!

Ambil sajalah contoh seorang Ahli Parlimen pakatan pembangkang yang baru-baru ini mencabar Mufti Perak meletak jawatan kerana kenyataan ikhlas beliau demi perpaduan umat Islam. Siapa beliau hendak mencabar Tan Sri Harussani dan lebih penting lagi apa kelayakannya hendak menegur? Sedangkan teguran Harussani nyata terang-terang atas kapasiti mufti dan demi kebaikan semata-mata!

Lantaran itu, memulakan usaha suci ini di negeri-negeri tersebut dilihat sebagai kritikal. Insya-Allah, kalau hati jujur ikhlas dan semangat pula kekal tabah, masa pasti akan membuktikan cita-cita ke arah kesatuan ummah dan masa depan Islam yang cemerlang akan menjadi realiti jua.

Seterusnya meletakkan ummah ke atas landasan kemajuan yang sempurna; tidak hanya pada ekonomi kukuh dan teknologi ampuh, tetapi juga pencapaian masyarakat Malaysia yang tinggi akhlaknya!

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

CR.LukmanMoidin & ShahfaliqTeo

Isnin, 14 Oktober 2013

LHDN: Beban percukaian golongan sederhana

Terlebih dahulu golongan kakitangan awam yang bergaji sederhana amat menghargai kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung ura-ura 'berita gembira' pelepasan cukai untuk golongan ini. Untuk makluman LHDN dan Kementerian Kewangan, sejak sekian lama golongan ini amat tertekan dalam isu pelepasan cukai ini yang tidak dikaji, malah tidak relevan dan boleh disifatkan tidak adil dan agak menindas golongan ini. 

Kajian semula sepatutnya dilakukan terhadap kemampuan kewangan golongan ini yang sebahagian besarnya terpaksa membuat kerja sambilan atau membuat penjimatan perbelanjaan. Menambah derita apabila kadar pelepasan cukai oleh LHDN amat tidak relevan dengan kos perbelanjaan mereka yang diluar dari kemampuan untuk membayar cukai. Menambah kekecewaan bila melihat golongan yang 'tidak membayar cukai' tetapi hidup mewah khususnya di kalangan peniaga tertentu, penduduk luar bandar yang hidup mewah pula menikmati BR1M hasil dari wang golongan ini. Jika dikaji pendapatan peniaga-peniaga ini, juga penoreh getah dan penanam kelapa sawit adalah berkali ganda kekayaan mereka berbanding golongan seperti ini.

Walaupun pendapatan golongan sederhana kelihatan tinggi, namun setelah ditolak berbagai potongan, ianya berbaki sekitar RM2000. Kenaikan kos keperluan rumahtangga yang merangkumi bil-bil dan lain-lain pun tidak dapat ditampung dengan baki gaji berkenaan. Keadaan mungkin sedikit lega jika pasangan turut bekerja. Banyak kos-kos lain tidak diambil kira oleh LHDN seperti kos bayaran bulanan kenderaan dan penyelenggaran serta kos pembantu rumah juga pengasuh anak-anak.

LHDN dan Kementerian Kewangan juga diharap mengkaji rebet perbelanjaan diri dan dirangkumkan dengan kos semasa serta tanggungan termasuk sumbangan kepada ibu bapa pekerja. Di dalam pelepasan cukai sedia ada hanya dikhususkan kepada bayaran perubatan tetapi dalam situasi sebenar setiap anak dituntut oleh agama membantu kos kehidupan hari tua ibu bapa mereka. Dalam situasi ini seharusnya LHDN mengkaji semula rebet ini dan disesuaikan sebagai kos tetap yang mesti disediakan oleh anak-anak kepada ibu bapa. Pembuktian boleh dilakukan melalui transaksi bank atau kaedah lain yang wajar.

Kerajaan juga boleh memasukkan kos percutian dan umrah sebagai rebet pengecualian cukai bagi mengalakkan aktiviti kekeluargaan. Kos umrah sebagai contoh adalah agak tinggi dan menjadi impian golongan berpendapatan sederhana, alangkah baiknya jika ibadah ini turut mendapat pelepasan cukai bagi mengalakkan lebih ramai umat Islam menabung dan memperuntukan perbelanjaan mengerjakannya.

Semoga pandangan ini diambil peduli oleh Kementerian Kewangan khususnya dalam pembentangan Bajet 2014 kelak. Percayalah impak kelonggaran rebet cukai kepada golongan sedehana ini mempunyai kesan besar yang mampu mengubah langskap politik negara khususnya sokongan kepada Barisan Nasional.

Cr.LukmanMoidin & ShahfaliqTeo

Isnin, 31 Disember 2012

Kajian semula AES di LEBUHRAYA

Polemik AES amat perlu mendapat perhatian kerajaan lebih-lebih lagi ianya semakin menjadi ‘senjata makan tuan’.  Walaupun tujuan AES dan saman ekor adalah untuk ‘mengawal had laju’ tetapi terdapat kesan ‘kurang bijak’ dalam kaedah dan perlaksanaan  yang menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan orang ramai.  Malah terdapat pihak tertentu kini menggunakan isu ini dengan ‘bijak’ melalui stiker kenderaan ‘1 saman ekor, 1 undi protes’.

Mengapa pandangan NGO seperti CEUPACS tidak diendahkan oleh pihak berkuasa dalam isu AES? Dalam isu ini saya tidak menentang tujuan baik oleh penguatkuasa undang-undang, tetapi isu utama ialah cara dan kaedah pemasangan AES di lebuhraya berbayar perlu dinilai semula.   
Kita perlu melihat dan menilai iklan rakaman kemalangan yang ditayangkan di television baru-baru yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebagai usaha menyakinkan pengguna keperluan pemasangan AES di negara kita. Agak menarik dan perlu diberikan fokus ialah  semua rakaman kemalangan di dalam rakaman CCTV tersebut adalah berlaku di ‘lampu isyarat’.  Timbul tandatanya mengapa perlu AES di pasang di lebuhraya? Bukti rakaman itu pun sudah menjawab keperluan AES adalah di semua persimpangan lampu isyarat. Stastik kemalangan juga membuktikan secara jelas bahawa kadar kemalangan setiap hari di lebuhraya amatlah kurang kerana tahap keselamatan dan keselesaan memandu di lebuhraya agak tinggi berbanding di jalan persekutuan atau jalan negeri. Malah jika statistik ini diambil kira, pihak berkuasa sepatutnya memasang lebih banyak AES di jalan persekutuan dan jalan negeri,,BUKAN DI LEBUHRAYA!
Rakyat pasti tidak akan membantah jika pihak berkuasa memasang AES di persimpangan lampu isyarat di seluruh negara. Melanggar lampu isyarat adalah pelanggaran undang-undang sejagat dan tidak patut dimaafkan. Namun ‘pelanggaran had kelajuan’ dilebuhraya perlu dilihat dalam konteks yang berbeza.
Jika kata-kata ‘kelajuan itu membunuh’ diambil sebagai asas, maka lebuhraya kita sepatutnya tidak memerlukan ‘lorong pandu laju’ atau lorong memotong. Malah kenderaan membawa pemimpin yang diiringi peronda khas juga harus mematuhi had kelajuan biasa  kerana dikhuatiri pemimpin akan maut akibat ‘kelajuan melampau’.  Pemandu kereta ambulan dan bomba juga perlu berasa bimbang kemungkinan akan maut kerana mengejar masa. 
Namun jika pihak berkuasa masih lagi melihat keperluan AES di lebuhraya, kita mencadangkan peraturan agar  setiap kenderaan yang direkacipta dan dipasarkan di negara kita mempunyai had  kelajuan setakat 110km sejam sahaja..!
Untuk mengatasi kemalangan maut pula (yang kononnya amat tinggi di lebuhraya), maka AES hendaklah dipasang di sepanjang lebuhraya dalam jarak setiap satu kilometer..!
Sebagai pengguna lebuhraya berbayar, kita harus membaca psikologi pengguna lebuhraya yang  memandu melebih 110 hingga 140km sejam.  Selain mengatasi masalah mengantuk, pemandu juga mempunyai keinginan menekan minyak sesuai dengan kapasiti enjinnya.  ‘Kelajuan’ adalah perkara subjektif yang ‘sukar dikawal’ secara semulajadi apabila pemandu melihat  lebuhraya yang luas dan selamat berbanding memandu di jalan biasa.  Saya fikir kelajuan di dalam batas sempadan tertentu harus dilongarkan sesuai dengan keadaan lebuhraya kita.  
Dalam masa yang sama agensi penguatkuasa perlu menumpukan soal  keselamatan asas kenderaan seperti tayar botak, sistem brek, lampu kenderaan dan masalah lain yang disetiap kenderaan. Penumpuan khusus perlu diberikan kepada penyelenggaraan jalan persekutuan dan negeri yang kebanyakkannya tidak diuruskan dengan baik. Selain jalan-jalan ini yang sempit dan tidak lurus, perkara asas yang cukup merbahaya ialah ‘garisan putih’ yang sudah pudar. Sepatutnya pihak berkuasa perlu memberikan keutamaan kepada kemudahan ini kerana kajian yang tidak didedahkan kepada umum ialah faktor kadar kemalangan tinggi di jalan biasa banyak melibatkan keadaan laluan ini yang merbahaya dan tidak diselenggara dengan sewajarnya. Menariknya sejak dahulu dan kini, pihak berkuasa sering mendendangkan lagu yang sama..’punca kemalangan adalah kecuaian pengguna’, hingga kita selalu terlupa bertanya tugas sebenar mereka dalam soal-soal asas keselamatan di jalanraya yang sepatutnya menjadi keutamaan mereka .
Cr. Lukman Moidin & ShahfaliqTeo

Selasa, 6 November 2012

Hadis Terbaik dan Lengkap: Amalan Untuk Selamat Dunia & Akhirat

Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata “Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.” Arab desa itu berkata: Aku mahu menjadi orang alim. Baginda menjawab, "Takutlah kepada Allah SWT"


Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang paling kaya.” Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.” Bertanya lagi Arab desa itu: “Aku mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab Rasulullah: “Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya: “Aku mahu menjadi orang paling baik.” Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah,” dan dijawab Rasulullah: “Banyakkan zikrullah.”
Arab desa itu bertanya: “Aku mahu disempurnakan imanku.” Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.” Dia bertanya lagi: “ku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “ Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab desa bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,” lalu dijawab baginda: “Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.” Dia bertanya lagi: “ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.” Rasulullah menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya: “Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.” Baginda menjawab: “Jangan menzalimi seseorang.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.” Baginda berkata: “Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya: Aku mahu dihapuskan segala dosaku.” Baginda menjawab: “ Banyakkan beristighfar.” Dia berkata: “ Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,” lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya Rasulullah: “Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.” Baginda menjawab: “ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.” Baginda menjawab: “ Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”
Dia bertanya: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.” Baginda menjawab” Cintailah segala yang disukai Allah dan rasul-Nya.” Dia bertanya: “ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.” Baginda menjawab: “ Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah: “Aku mahu diterima segala permohonanku.” Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.” Dia bertanya: “ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.” Baginda pun menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya: “Siapa yang terselamat daripada dosa?” Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya: “Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).” Dia bertanya lagi: “ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya: “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?” Baginda menjawab: “ Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”
Dia bertanya lagi: “Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”

Catatan: Tugas anda yang seterusnya adalah berkongsi hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua.
Cr Lukman Moidin & ShahfaliqTeo

Sabtu, 4 Ogos 2012

Kesilapan Suami Isteri Mengurus Kewangan (Siri 1)

Saya gemar membelek Majalah Mingguan Wanita dan sering membaca ruangan Mengurus Kewangan tulisan seorang penulis dan penasihat kewangan beragama hindu tetapi sangat arif dalam sistem kewangan Islam. Banyak ilmu yang saya kutip di situ. Saya juga pernah beberapa kali menghantar email kepada sahabat saya ini untuk menulis beberapa topik yang boleh membantu kaum wanita memahami isu-isu dalam pengurusan kewangan. 

Namun bagi siri ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang boleh dijadikan iktibar oleh pasangan suami isteri agar boleh mengelak dari terjadi kepada kita sendiri. 

KES 1 : Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lalu ketika saya membuat tuntutan kematian sahabat saya seorang pensyarah di sebuah IPG di Utara. Isterinya surirumah sepenuh masa dan mereka mempunyai seorang anak istimewa (OKU). Arwah meninggal secara mengejut ketika sedang memberikan kuliah. Beliau tiada rekod penyakit dan difahamkan kematiannya adalah disebabkan kolestrol dalam darah yang tinggi dan menyekat saluran darah ke jantung.

Ketika tuntutan insuransnya dilakukan, saya dinasihatkan oleh beberapa orang sahabat arwah agar membuat tuntutan itu tanpa mendedahkan kepada keluarga arwah. Entah bagaimana saya dihubungi oleh abang kepada arwah dan bertanyakan insurans si mati. Saya mencipta alasan dan selepas itu tidak menghubungi kembali abang arwah. Ada 3 polisi arwah rakan saya ini dan dua darinya diuruskan oleh saya. Ketika tuntutan dibuat, berlaku sedikit masalah kepada isteri rakan saya kerana arwah tidak meletakkan PENAMA atau WASI. Namun dalam kesukaran, isteri arwah terpaksa membuat Akuan Sumpah dan akhirnya proses tuntutan itu berjaya diuruskan. Ketika menerima cek tuntutan saya membuat penyerahan dengan ditemani rakan pensyarah di IPG berkenaan. Saya dinasihatkan tidak menghebahkan penyerahan ini di mana-mana media. Saya menghormati permintaan tersebut. Permintaaan ini ada kaitan dengan sikap tamak dan tidak berperikemanusiaan adik beradik kepada arwah rakan saya ini dan mahukan bahagian mereka dari tuntutan insurans tersebut.

KES 2 : Dalam satu taklimat di sebuah jabatan, isu ini saya bongkar. Seorang Penolong Pengarah mengatakan kejadian tersebut juga berlaku kepada jirannya. Mengikut cerita beliau, pasangan suami isteri ini bertugas sebagai guru dan suaminya meninggal dunia dan terdapat beberapa polisi insurans. Akibat TIDAK meletakkan PENAMA, maka kaum keluarga si suami yang juga terpelajar turut campurtangan menuntut bahagian mereka.

Kedua-dua peristiwa ini  harus menjadi pengajaran kepada kaum wanita dan juga para suami agar sentiasa peka dalam isu PENAMA dalam segala urusan harta atau simpanan. Ramai yang mengambil ringan perkara ini tetapi hakikatnya ketika si suami meninggal dan mempunyai sedikit wang atau harta, ketika ini para syaitan akan datang meracun minda manusia agar bersikap tamak haloba. Perasaan simpati dan belas kasihan melihat anak yatim yang juga anak saudara mereka ketika itu boleh lenyap disebabkan kelabu mata. Ketika itu ada yang terlupa dosa memakan harta anak-anak yatim walaupun sesen akan menyebabkan kita tidak mencium bau syurga. 

Cr.Lukman Moidin & ShahfaliqTeo

Isnin, 14 Mei 2012

Guru Cermin Guru, Tanpa Mereka Siapalah Aku

Guru nadi pengerak bangsa yang membina tamadun negara. Tugas mulia yang tertua ini adalah arkitek manusia yang sangat berjasa. Tiada siapa pun yang boleh menafikan jasa guru kerana tanpa mereka siapalah kita hari ini.

Sempena Hari Guru tahun ini, mudah-mudahan kita mendapat nafas baru dan petunjukNya untuk terus berbakti dengan penuh minat dan kesungguhan. Walaupun kita sering membaca keluhan dan kajian mengenai beban tugas guru, namun begitu kita juga harus bersyukur dan menghargai usaha penambahbaikan yang sedang dilakukan oleh kerajaan.

Kepekaan kerajaan boleh dilihat melalui  siri taklimat Kajian Semula Pendidikan dan Dialog Nasional Pendidikan Negara yang sedang berjalan. Warga pendidik berkempatan mengemukakan pandangan dan cadangan sewaktu dialog ini dijalankan di Alor Setar. Banyak masalah dan isu telah dibangkitkan dari warga pendidik yang mengharap 'perhatian' dan 'tindakan' pihak kerajaan. Melalui sembilan bidang keutamaan yang menjadi perbincangan rasanya maklumbalas yang akan diterima pasti terlalu banyak dan sudah pasti tidak akan mampu dipenuhi sepenuhnya oleh kerajaan, khususnya yang melibatkan kebajikan warga pendidik. Namun sudah tentu kita mengharapkan banyak penambahbaikan akan memberikan kelegaan dan meringankan beban tugas guru yang sekarang ini sudah 'keluar dari landasan' atas sebab kurangnya kepekaan pihak-pihak tertentu yang melambakkan pelbagai sistem baru dan kerja pengkeranian yang menjejaskan tumpuan kerja utama guru.


Warga pendidikan juga harus bermusahabah dan membetulkan beberapa isu yang berlegar dalam profesion kita sebelum mengharapkan 'perhatian' pihak lain. Kekadang dikalangan kita sering menyalahkan pelbagai pihak seperti kerajaan, pemimpin, ahli masyarakat, ibu bapa dan juga pelajar kerana tidak menghargai peranan guru. Dahulu kita sering melihat penghargaan terhadap guru tetapi hari ini kita melihat keadaan sebaliknya. Mengapa ini berlaku dan siapa yang harus dipersalahkan. Kita mungkin amat berharap pihak lain akan mengiktiraf sumbangan dan jasa guru, tetapi perkara asas dan utama yang kini berlaku ialah sikap segelintir warga pendidik sendiri yang negatif. Penghargaan dan rasa kesyukuran jarang diterjemahkan sedangkan ianya tuntutan agama. Kita sendiri terlupa untuk menghargai dan mengiktiraf peranan rakan sejawat kita dalam profesion yang sama. Mungkinkah persepsi yang dilemparkan terhadap profesion perguruan ini adalah disebabkan sikap kita sendiri?   Tepuk dada tanya diri sendiri, adakah kita di kalangan warga pendidikan yang sering memandang rendah tugas rakan sekerja kita?

Wujud kebimbangan yang semakin ketara kerana wujudnya parasit yang merosakkan nilai kekeluargaan dalam organisasi pendidikan. Parasit ini adalah dari dalam profesion kita sendiri. Penghargaan yang sepatutnya datang dari dalam sudah semakin kurang dari warga pendidik terhadap rakan sejawatan. Isu memperlekehkan kerja dan tugas mungkin tidak berlaku atau kurang didengari dalam perjawatan lain seperti bidang perubatan, ketenteraan, kepolisan atau jawatan awam yang lain. Mereka menghormati setiap tugas rakan sekerja dan memahami fungsi masing-masing.Namun melihat di dalam profesion pendidikan, ianya seperti penyakit yang sukar diubati jika tiada antibiotik yang khusus.

Melalui pengalaman sepanjang 18 tahun berkhidmat, saya biasa mendengar  pemimpin sekolah juga guru-guru mempeleceh tugas guru lain.  Ketika bertugas sebagai guru pendidikan khas, ada segelintir menganggap tugas ini mudah kerana bilangan pelajar yang diajar adalah kecil. Ketika menjadi kaunselor pelajar, segelintir pemimpin sekolah dan guru melemparkan persepsi tugas ini amat mudah kerana tidak perlu mengajar. Malah ada pihak memperkecilkan tugas guru pendidikan jasmani  yang peranan sebenarnya sangat besar dalam membentuk sikap kerjasama dan pembentukan emosi dengan aktiviti mereka. Begitu juga pandangan serong terhadap tugas guru muzik dan pendidikan seni yang berupaya membentuk nilai sensitiviti dan kepekaan. Malah wujud di kalangan pemimpin atasan, pentadbir sekolah atau pun guru sendiri meletakkan tugas guru tertentu sebagai 'low class' hanya kerana mereka bukan guru subjek untuk peperiksaan. 

Konsep JERI yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara kini semakin terhakis oleh sebab sikap kita sendiri. Tumpuan yang berlebihan terhadap intelek kini menimbulkan kesan yang cukup dahsyat terhadap anak bangsa. Kita sudah pun melihat buktinya dengan berbagai kejadian melibatkan mahasiswa yang hanya tinggi IQ nya tetapi rendah tahap EQ dan SQ.

Pilihan untuk membuat perubahan dan penghormatan terhadap profesion ini terpikul di bahu kita sendiri. Sematkanlah sikap prihatin dan memahami tugas orang lain. Dengan cara itu pasti tugas kita akan mendapat pengiktirafan orang lain. Kita tidak boleh terlalu mengharap pengiktiran dari pelajar, ibu bapa dan masyarakat jika di dalam diri kita sendiri masih ada sikap iri hati dan sibuk 'melihat tugas dan kerja orang lain'. Pepatah Red Indian ada mengatakan ‘ Janganlah kita menganggap tugas seseorang itu sebagai mudah selagi kita tidak cuba melakukannya selama dua minggu’. Justeru sempena Hari Guru 2012 marilah sama-sama kita memartabatkan profesion dan menghidupkan nilai-nilai mulia tersebut. Jika gerakan bermula dari setiap warga pendidik pasti dengan sendirinya penghargaan akan datang dari orang lain. Selamat Hari Guru

Cr. LukmanMoidin & ShahfaliqTeo







Khamis, 26 April 2012

Ambil barakah kehadiran keturunan Rasulullah SAW


Habib Umar menyampaikan ceramah diterjemahkan oleh Sheikh Ali

Kehadiran Ulama Keturunan Rasulullah SAW iaitu Habib Umar bin Salim dari Yamen amat mendapat perhatian umat Islam. Di UiTHM Batu Pahat semasa majlis Hol Allahyarham Habib Ali  diadakan hampir 10.000 penduduk Johor turun menghadiri majlis yang penuh barakah ini. Kemarin 25 April 2012, beliau memberi tazkirah setelah suboh di masjid Al Bokhari dan malamnya di Masjid Sg Mati,,Berada di dalam majlis berkenaan amat menginsafkan khususnya isu-isu yang dikupas oleh beliau. Antara yang disentuh ialah mengenai perpaduan sesama Islam, kejiranan dan hubungan sesama kita. Kata-katanya datang dari hati yang bersih suci kerana beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam negara kita

Dalam keadaan negara kita yang umatnya kian berpecah, kita amat mengharapkan bantuan Allah SWT demi kesejahteraan Islam di Malaysia. Hari ini UMNO & PAS terpaksa memilih bukan Islam sebagai sekutu demi mempertahankan kuasa. Sedangkan Islam itu bersaudara dan Firman Allah "


Syukur dapat berjemaah suboh dan menyampaikan madu lebah

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.[1]

“Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).[2]” [ Surah Al – Mumtahanah : Ayat 1 – 2 ]

Mungkinkah kehadiran Ulama Habib Umar yang merupakan salasilah ke 39 keturunan Nabi SAW boleh mengubah langskap politik negara kita ?. Tambahan pula beliau merupakan individu yang sangat berpengaruh dan diletakkan pada tempat ke 33 dari 35 orang di dalam Majalah Forbes.

Jika kita mampu meraikan artis dari luar negara dengan konsert yang bernilai berjuta ringgit, mengapa tidak kita mengambil kesempatan berbelanja untuk acara 'Siaran Langsung Bersama Habib Umar' ini demi mengambil berkat kehadiran seorang tokoh yang mewarisi darah dan keturunan Rasulullah SAW. Justeru saya memohon dan merayu kepada Kerajaan Malaysia agar dapat mengajurkan satu Majlis Perdana bersama beliau yang disiarkan secara langsung di TV1, TV3, TV9 dan TV Hijrah.
Kehadiran ribuan manusia untuk bertemu muka dengan beliau mengambarkan keinginan ramai rakyat Malaysia untuk mendengar amanat beliau. Lebih mendalam lagi segala pesanannya amat baik dan mampu meruntun hati kita yang sangat menyayangi Rasulullah dan Ahul Bait. Dalam keadaan kita berhadapan ancaman syiah, LGBT dan pelbagai isu, kesempatan ini wajar dimanfaatkan sementara beliau masih berada di sini. Di samping penterjemahan yang amat baik dari Habib Sheikh Ali Zainal Abidin (anak murid beliau), moga-moga kupasan ceramahnya akan memberikan hidayah kepada kita semua. Saya amat-amat berharap agar Kerajaan Malaysia dan RTM, TV3 dan Astro bersegera merancang siaran ini. Masih berjuta lagi rakyat Malaysia yang tidak melihat dan mendengar amanat beliau, dan inilah kesempatan yang sangat wajar digunakan untuk menyedarkan diri kita sendiri terutamanya dan umat Islam di Malaysia. Semoga Allah SWT akan memberikan taufik dan hidayahNYA melalui rancangan ini kelak dan menunjukkan kita JALAN YANG LURUS, Amin.

Rabu, 8 Februari 2012

DOA AKASAH YANG SANGAT HEBAT

Hayati Doa istimewa ini & baca fadhilatnya,,sangat-sangat hebat

Syaidina Abu Bakar telah berkata : Pada suatu hari aku duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam masjid Madinah Al Munawarah, kemudian datanglah Malaikat Jibril dengan membawa Doa Akasahyang diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata : "Wahai Rasulullah, yang aku bawa ini adalah doa Akasah : sejak zaman Nabi Adam AS dan nabi-nabi lain belum pernah ku turunkan doa ini kecuali kamu ya Rasulullah.

Sayyidina Umar Bin Khatab berkata : Rasulullah SAW telah bersabda Wahai Umar bacalah doa ini,karena membaca doa ini akan memperoleh pahala yang sangat besar, tujuh puluh ribu Malaikat berbuat kebajikan karena membaca doa ini, satu Malaikat mempunyai mulut,tujuh puluh dan mempunyai kepala tujuh puluh. Tiap satu memuji kepada Allah SWT dan semua itu diberikan kepada orang yang mau membaca doa ini,
Allah memberi rahmat kepadanya.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH 

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG WAHAI DZAT YANG BANYAK PEMBERIAN-NYA, WAHAI DZAT YANG SELALU BERTEMU, WAHAI DZAT YANG BAGUS PERBUATAN-NYA, WAHAI DZAT YANG MEMBERI RIZQI HAMBA PADA SETIAP KEADAAN, WAHAI DZAT YANG MENCIPTAKAN SESUATU DENGAN TIDAK MEMAKAI CONTOH. WAHAI DZAT YANG KEKAL YANG TIDAK AKAN BINASA. SELAMATKANLAH KAMI DARI KUFUR DAN TERSESAT DENGAN KEBENARAN  LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W

YA ALLAH, SEANDAINYA RASA BIMBANG DAN RAGU MASUK KE DALAM KEIMANANKU KEPADA ENGKAU SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI, MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.  YA ALLAH, SEANDAINYA KUFUR MASUK DALAM KE ISLAMANKU KEPADA ENGKAU, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT SERAYA BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, SEANDAINYA RASA BIMBANG DAN RAGU MASUK KE DALAM KE-TAUHIDANKU TERHADAP ENGKAU SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT SERAYA BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, SEANDAINYA RASA SOMBONG, TAKABBUR, RIYA, MENONJOLKAN DIRI DAN KEKURANGAN DI DALAM AMAL PERBUATANKU UNTUK ENGKAU MASUK DALAM HATIKU SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI , MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, SEANDAINYA SIFAT PEMBOHONG, PENGUMPAT, MENGADU DOMBA DAN PENDUSTA, BERJALAN DALAM LISANKU, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.  WAHAI ALLAH, SEANDAINYA TERLINTAS DIDALAM HATIKU RASA WAS-WAS, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, SEANDAINYA RASA PENYERUPAAN DAN KELALAIAN MASUK DIDALAM KEMA’RIFATANKU KEPADA ENGKAU, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, SEANDAINYA RASA NIFAQ, DOSA-DOSA BESAR DAN MASUK DALAM HATIKU, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, SEANDAINYA SIFAT RIYA MASUK DALAM AMAL PERBUATANKU DAN UCAPANKU, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, KEJELEKAN-KEJELEKAN YANG TELAH KUPERBUAT, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, KEBAJIKAN-KEBAJIKAN YANG TELAH ENGKAU KEHENDAKI UNTUK AKU, KEMUDIAN AKU TIDAK MENYUKURI-NYA DAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, PERKARA-PERKARA YANG TELAH ENGKAU TAQDIRKAN ATAS AKU, KEMUDIAN AKU TIDAK MERASA SENANG/ TIDAK MENERIMANYA DAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, KENIKMATAN-KENIKMATAN YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADAKU KEMUDIAN AKU BERBUAT MAKSIAT TERHADAP ENGKAU ATS KENIKMATAN TERSEBUT, DAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, KENIKMATAN-KENIKMATAN YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADAKU KEMUDIAN AKU LALAI BERSYUKUR KEPADA ENGKAU SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.
               
YA ALLAH, APA-APA YANG TELAH ENGKAU KUASAKAN KEPADAKU DAN AKU BELUM MEMBERI HAKNYA SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W. WAHAI ALLAH, KEBAJIKAN-KEBAJIKAN YANG TELAH ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADAKU DAN AKU BELUM MEMUJI ENGKAU DAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, BERFIKIR DENGAN KEKUASAAN ENGKAU YANG ENGKAU CIPTAKAN TERHADAPKU KEMUDIAN AKU MEMEJAMKAN MATA SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, PERBUATAN-PERBUATAN YANG AKU LAKUKAN DIDALAM UMURKU, SEDANGKAN ENGKAU TIDAK RIDHO DAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, AMAL-AMALKU YANG ENGKAU PERPENDEK DIDALAM MENGHARAP HARAP RAHMATMU, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W. 

YA ALLAH, JIKALAU AKU BERGANTUNG KEPADA SELAIN ENGKAU DIDALAM KEPAYAHAN-KEPAYAHAN SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, JIKALAU AKU MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA SELAIN ENGKAU DIDALAM KECELAKAAN –KECELAKAAN SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, URUSAN-URUSANKU YANG TELAH ENGKAU BAGUSKAN DENGAN ANUGERAH ENGKAU DAN AKU PANDANG DARI SELAIN ENGKAU SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH, JIKALAU KAKIKU TERGELINCIR DARI JAMBATAN KERANA MEMINTA SELAIN ENGKAU, MAKA TETAPKANLAH. SEDANGKAN AKU TIDAK MENGERTI ATAU MENGERTI MAKA AKU BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI DENGAN MENGUCAP LAA ILAA HA ILLALLAAHU MUHAMMADUR RASUULULAAH S.A.W.

YA ALLAH,DZAT YANG MAHA HIDUP, WAHAI DZAT YANG TERUS MENERUS, WAHAI DZAT YANG MEMILIKI RAHMAT, WAHAI DZAT YANG BANYAK ANUGERAH, WAHAI DZAT YANG BANYAK MEMBERI, WAHAI DZAT YANG MEMILIKI KERAJAAN, WAHAI DZAT YANG TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU, MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU TERMASUK GOLONGANNYA ORANG YANG BERBUAT ZALIM, MAKA KAMI MENGABULKAN DAN MENYELAMATKANNYA DARI KESUSAHAN BEGITU PULA KAMI MENYELAMATKAN ORANG-ORANG MU’MIN DAN ZAKARIYA KETIKA MENYERBU TUHANNYA, WAHAI TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU TINGGALKAN AKU SENDIRIAN ENGKAULAH WARIS YANG PALING BAIK. WAHAI ALLAH, DEMI KEBENARAN LAA ILAA ILAAHAILLALLAAH DAN KEMULIANYA, DAN DEMI KEBENARAN ARASY DAN KEAGUNGANNYA, DAN DEMI KEBENARAN KALAM DAN BERJALANNYA, DEMI KEBENARAN LAUH MAKHFUZH DAN PENJAGA-PENJAGANYA DAN DEMI KEBENARAN JEMBATAN DAN KELEMBUTANNYA, DAN DEMI KEBENARAN JIBRIL DAN KEJUJURANNYA, DAN DEMI KEBENARAN MIKA’IL DAN BELAS KASIHNYA, DAN DEMI KEBENARAN ISROFIL DAN SANGKAKALANYA, DAN DEMI KEBENARAN IZRAIL DAN TERPILIHNYA, DAN DEMI KEBENARAN RIDWAN DAN SYURGANYA, DAN DEMI KEBENARAN MALIK DAN NEREKA JAHANAMNYA, DAN DEMI KEBENARAN ADAM DAN TERPILIHNYA, DAN DEMI KEBENARAN SYITS DAN KENABIANNYA, DAN DEMI KEBENARAN NUH DAN PERAHUNYA,DAN DEMI KEBENARAN IBROHIM DAN TERPILIHNYA SEBAGAI KEKASIH, DAN DEMI KEBENARAN ISHAQ DAN KEAGAMAANNYA, DAN DEMI KEBENARAN ISMAIL DAN DI SEMBELIHNYA, DAN DEMI KEBENARAN YA’KUB DAN KEDUDUKANNYA DAN DEMI KEBENARAN YUSUF DAN TERASINGNYA, DAN DEMI KEBENARAN MUSA DAN AYAT-AYATNYA. DAN DEMI KEBENARAN HARUN DAN KEHORMATANNYA DAN DEMI KEBENARAN HUD DAN KEWIBAWAANNYA.

DAN DEMI SHOLEH DAN UNTANYA DAN DEMI KEBENARAN LUTH DAN PEMIKIRANNYA. DAN DEMI KEBENARAN YUNUS DAN AJAKANNYA. DEMI KEBENARAN DANIYAL DAN DEMI KEBENARAN ISA DAN KEJIWAANNYA DAN DEMI KEBENARAN MUHAMMAD SAW YANG TERPILIH DAN SYAFA’ATNYA. 

YA ALLAH, WAHAI DZAT YANG MAHA HIDUP, WAHAI DZAT YANG TIADA TUHAN MELANKAN ENGKAU, MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU TERMASUK GOLONGAN ORANG-ORANG ZALIM. DAN KAMI MENGABULKAN DAN MENYELAMATKAN DARI KESUSAHAN BEGITU JUGA KAMI MENYELAMATKAN ORANG-ORANG MU’MIN. TIADA TUHAN MELAINKAN DIA (ALLAH) KEPADA-NYA AKU BERTAWAKAL, DAN ALLAH ADALAH TUHAN ARASY YANG AGUNG.

ALLAH MENCUKUPI AKU, SEBAIK-BAIKNYA DZAT YANG MENGURUS SEBAIK-BAIK PELINDUNG DAN SEBAIK-BAIK PENOLONG TIDAK ADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN ALLAH YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG. WAHAI TUHAN KAMI, BERILAH KAMI KEBAIKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT DAN LINDUNGILAH KAMI DARI SIKSA NERAKA. SEMOGA RAHMAT ALLAH DI LIMPAHKAN ATAS SEBAIK-BAIK MAKHLUKNYA DAN CAHAYA ARASY, IAITU JUNJUNGAN KITA NABI KITA DAN PEMBERI SYAFA’AT KEPADA KITA, IAITU MUHAMMAD, SELURUH KELUARGA DAN PARA SAHABAT BELIAU SEMUA.  DENGAN RAHMATMU WAHAI DZAT YANG PALING BELAS KASIH, TUHAN SEMESTA ALAM.

FADILAT DOA AKASYAH
Dalam kitab Mujarabat ada menyatakan bahawa doa Akasah ini pda asalnya dibawa oleh Malaikat Jibril as.s dari arasy… dari sayyidina Abu Bakar A-Siddiq r.a telah berkata.,.. pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinah AL Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril as. Dengan membawa Doa Akasyah lalu diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata.. Wahai Rasulullah, sesungguhnya yang aku bawa ini Doa Akasyah yang sejak dari Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain belum pernah diberi kecuali kepada engkau. Kata Malaikat Jibril algi, sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia seisinya.
 
Fadilatnya:
1.. Dapat menghafal Al Quran: …. Hendaklah membaca doa ini sebelum membaca Al Quran dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT… Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku,, Wahai Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan memperolehi kesentosaan dan anugerah dari Allah SWT,, dapat menghafaz Al Quran dan Kitab.. Sayyidina Uthman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, Sesungguhnya aku dapat menghafaz Al Quran dengan berkat doa Akasyah ini.
 
2.. Memperolehi kekuatan luar biasa: Sayyidina Ali ibnu Abu Talib ra. Pernah berkata, Aku telah memiliki kekuatan dan keberanian yang laur biasa disebabkan berkahnya Doa Akasyah ini.
 
3. Diampuni Allah SWT segala Dosa.

4. Membaca dengan ikhlas hati benar2 kerana Allah secara istiqomah..Insyallah diberi keampunan dan dihapuskan segala dosa.

5. Pada hari kiamat akan diberi Allah SWT pahala yang besar.. Hasan Basri ra berkata, Sesungguhnya aku telah mendegar Rasulullah SAW bersabda; Bahawa seseorang itu tidak akan memperolehi pahala yang berlimpah-limpah seperti pahala orang membaca Doa Akasyah ini… Syeikh Sya’ban ra berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,, Barang siapa membaca doa Akasyah ini, jika ia meninggal dunia, maka ia sentiasa mendapat anugerah dari Allah SWT banyak nya malaikat ikut menghantarkan jenazahnya kekubur,,, yang satu malaikat telah membawa nur.

6. Mendapat darjat yg tinggi didunia dan akhirat. DALam hidupnya sentiasa membaca doa tersebut,, nescaya Allah SWT mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.. Apabila bangkit dari kubur, wajahnya seperti bulan purnama…banyaknya malaikat berada disekeliling nya,,yg semuanya membawa bendera dari cahaya terus menuju ke syurga bersama-sama orang yang membaca doa Akasyah….Orang yg berada di padang masyar merasa kagum dan tercengang/hairan kerana dihormati oleh para malaikat dan orang soleh.. Wallahu ‘alam.

  

Ahad, 21 Ogos 2011

Julai: Ketentuan Yang Indah


Banyak peristiwa menarik berlaku dalam Julai 2011. Kesempatan bertemu dan berkomunikasi sebanyak 2 kali dengan YAB Dato Seri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia boleh dibaratkan satu rezeki dan tuah yang tidak diduga. Saya bersama rakan GPMS Kedah menyertai Konvensyen Guru-Guru Muda (KOGUM) di UiTM Shah Alam pada 8 Julai. Malam itu, Presiden GPMS, Saudara Jais Abdul Karim yang terlihat kelibat saya dengan spontan memanggil dan memperkenalkan kepada YAB PM, Katanya “Dato Seri, ini Lukman Moidin, aktivis GPMS Kedah’. Tersentak juga kerana tiba-tiba dipanggil dan terus bersalaman dengan PM. Kesempatan emas itu saya menyampaikan satu pandangan kepada beliau.  Selesai majlis saya menerima berita kematian bapa mertua adik saya di Senai, Johor dan terus bergegas pulang dan tiba jam 3 pagi di Batu Pahat. Rakan GPMS  Kedah terpaksa di tinggalkan di UiTM.

            Takziah untuk Jamilah Kunyin (adik ipar) dan Al Fatihah untuk roh arwah ayahnya.  Setelah menziarahi bersama bapa dan emak ke rumah besan mereka, kami sempat singgah rumah dua pupu yang terletak berhampiran Senai. Mumtaz Aini Alawi adalah wartawan penyiaran RTM yang sedang pulang bercuti dan menyambung pengajian di USA. Beliau bakal melangsungkan perkahwinan pada minggu berikutnya, yang pasti saya tidak dapat hadir. Sambil melawak saya berkata, kamilah orang pertama dan terawal tiba !. Berkat doa ibu bapanya dan mungkin sedikit doa  semasa di Mekah dan Madinah, jodohnya telah dipermudahkan Allah SWT. Selamat Pengantin Baru dan Alhamdulillah penantian beliau telah berakhir.  Setelah itu kami ke Layang-Layang menziarahi nenek yang uzur, Saya pulang semula ke UiTM Shah Alam malam itu. Ketentuan perjalanan yang cukup tersusun, SubhanaAllah.

            Pagi 10 Julai 2011 kami ke PWTC bagi menghadiri perjumpaan NGO dengan YAB PM, Saya menerima jemputan dari kumpulan blogger Kelab Che Det (KCD).  Itu merupakan  pertemuan kali pertama dengan kumpulan KCD, amat terasa kemesraan dalam pertemuan singkat tersebut. Saya teruja bila “Beruang Putih” memberitahu tulisan saya bertajuk “Anwar, Mahathir dan KISAH KUDA’ disukai pembaca blog beliau dan telah diterbitkan dalam sebuah akhbar tabliod. Saya juga ada menerima komen positif dari Dato Zaini Hassan (Utusan Malaysia) mengenai tulisan tersebut. Pagi itu saya sempat menemui YB Dato Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Beliau bercerita mengenai lawatan beliau ke Padang Terap ketika saya berada di Sabah. Kami mempunyai satu ‘kisah menarik’ mengenai ‘topi’ dan sejak itu sering berbalas sms mengenai isu-isu semasa. Berapa minggu lalu saudara Shaiful, SUS YB  Dato Razali ada menghubungi saya untuk satu program di kawasan Muar. Semoga saya mempunyai kelapangan untuk membantu beliau.  Ketika sedang keluar dari PWTC, saya menerima panggilan dari pengerak Suara Insipirasi Malaysia (SIM) iaitu team FB yang sangat aktif. Rupanya mereka juga berada di sana. Itu juga merupakan pertemuan pertama antara saya dengan Suud dan Kak Intan serta ramai lagi geng SIM. Terima kasih tak terhingga, nasib baik mereka call last minute,,dapat juga juadah makan tengahari yang sedap sambil boleh berbual banyak perkara. Ketentuan yang sangat indah. SubhanaAllah.

            Jumaat, 22 Julai 2011, saya turun semula ke KL dan terus ke Melaka untuk menyampaikan ceramah kepada ketua-ketua kampung DUN Kemelah kawasan YB Dato Ayob Rahmat yang diadakan di Ayer Keroh D Village, Sambutan dan penghargaan mereka membuatkan saya terharu dan kemungkinan YB akan mengatur satu program ceramah di DUN Kemelah. Selesai ceramahsaya terus ke bergerak menuju Putrajaya dan solat Jumaat di sana. Petang itu kami bertolak pulang dan tiba di Kedah jam 11 malam. 

           Pagi Sabtu, 23 Julai saya dijemput untuk menyampaikan ceramah dan taklimat kepada guru-guru di Sek Keb Bandar Darulaman, Jitra. Di program tersebut saya dipertemukan dengan seorang usahawan  dan insan hebat bernama Zainol Abdulllah yang mempromosikan satu sistem perniagaan berkonsepkan jariah. Kami berkongsi banyak cerita dan pengalaman. Semasa pulang MPV saya kelihatan berasap dan saya berhenti betul-betul berhampiran bengkel yang menjadi kebiasaan saya membaiki kenderaan. Nasib menyebelahi saya, rupanya radiator baru sahaja pecah  dan  minyak hitam telah kering!.  Ketentuan yang baik, kejadian berlaku setelah berada di tempat sendiri. SubhanaAllah.

             26 Julai, saya dihubungi rakan di Pendang dan diminta membaca ikrar di hadapan YAB Perdana Menteri dan warga belia. Saya teruja pada awalnya ! tetapi semasa berbual baru saya teringat dan menolak peluang itu kerana pada tarikh lawatan PM tersebut, saya juga menerima undangan khas untuk Rakan Facebook yang dijangka pada jam 5.30 petang. Program di Pendang dijangkakan jam 2.30 petang. Saya diyakinkan untuk hadir raptai dan beliau mencadangkan saya ke Holiday Villa selepas bacaan ikrar tersebut. Saya akur dan menghadiri majlis raptai pada petang 27 Julai. Namun berlaku sedikit salah faham dan rasa tidak puas hati dikalangan orang tertentu yang melihat kehadiran saya. Dalam keadaan serba salah kerana diminta hadir, pihak berkenaan pula menghantar ‘wakil’ meminta bacaan ikrar itu diberikan kepada mereka. Saya memerhatikan ‘perbincangan’ itu dan pengajur akhirnya akur tanpa mahu timbul sebarang masalah dengan pihak berkenaan. Pihak penganjur memohon maaf dan saya tiada masalah sebenarnya. Saya juga amat bersyukur, kerana hanya perlu berada di Hotel Holiday Villa sahaja menanti YAB PM di majlis Rakan FB beliau. Istimewanya ketika PM bergerak pulang, saya sempat memberikan kertas cadangan Program Motivasi Rakyat dan memberikan penjelasan secara terperinci konsep program berkenaan. Baru-baru ini, akhbar melaporkan YAB PM telah menyentuh cadangan membangunkan program pembangunan minda rakyat ! Kebetulan yang menarik! Alhamdulilah


           Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada bulan Julai memberikan  rasa kepuasan.  Pasukan Kadet Polis Lelaki yang baru setahun dipimpin menerima Anugerah Pasukan Paling Aktif dari Tunku Temenggong Kedah. Peluang memakai baju yang baru siap ditempah dengan kos yang agak tinggi amat berbaloi bila ramai mengatakan saya kelihatan seperti Inspektor Polis sebenar. Itulah kerjaya dan cita-cita pertama semasa di bangku sekolah. Awal Julai saya juga dijemput oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap, Tn Haji Jamil untuk memberikan satu taklimat kepada semua Pengetua dan Guru Besar sewaktu mesyuarat mereka. Inilah kali pertama sepanjang 8 tahun menguruskan skim insurans @ takaful saya dijemput memperincikan perkara berkenaan di daerah sendiri.  Sebulan sebelum itu, saya telah dijemput untuk memberikan penerangan kepada Pengarah dan semua PPD dalam negeri Kedah di Hotel Seri Malaysia. Kebetulan yang mengembirakan, Alhamdulilah.

         Yang pasti setiap bulan dan setiap hari telah Allah jadikan cukup indah buat kita. Julai 2011 membawa banyak kisah menarik. Cabaran bulan Ogos lain pula kisahnya, yang jatuhnya seiring bulan Ramadhan menuntut banyak kesabaran dan ketahanan jiwa dari sikap manusia bermuka dua. Ramadhan kali ini juga membawa kisah istimewa dalam kehidupan saya. Terlalu berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Maha Suci Allah yang mengatur ketentuan yang paling baik bagi setiap hamba-hambaNYA. 

DS Najib sedang menjawab soalan Rakan FB
Cadangan Program Motivasi Rakyat 



Sempat memohon maaf dengan Ummi Hafilda
Bersama Dato Zainal Abidin Sakom

Anggota Kor Kadet Polis 
Taklimat kpd Pengetua & Guru Besar 
Tunku Temenggung Kedah