Ahad, 21 Ogos 2011

Julai: Ketentuan Yang Indah


Banyak peristiwa menarik berlaku dalam Julai 2011. Kesempatan bertemu dan berkomunikasi sebanyak 2 kali dengan YAB Dato Seri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia boleh dibaratkan satu rezeki dan tuah yang tidak diduga. Saya bersama rakan GPMS Kedah menyertai Konvensyen Guru-Guru Muda (KOGUM) di UiTM Shah Alam pada 8 Julai. Malam itu, Presiden GPMS, Saudara Jais Abdul Karim yang terlihat kelibat saya dengan spontan memanggil dan memperkenalkan kepada YAB PM, Katanya “Dato Seri, ini Lukman Moidin, aktivis GPMS Kedah’. Tersentak juga kerana tiba-tiba dipanggil dan terus bersalaman dengan PM. Kesempatan emas itu saya menyampaikan satu pandangan kepada beliau.  Selesai majlis saya menerima berita kematian bapa mertua adik saya di Senai, Johor dan terus bergegas pulang dan tiba jam 3 pagi di Batu Pahat. Rakan GPMS  Kedah terpaksa di tinggalkan di UiTM.

            Takziah untuk Jamilah Kunyin (adik ipar) dan Al Fatihah untuk roh arwah ayahnya.  Setelah menziarahi bersama bapa dan emak ke rumah besan mereka, kami sempat singgah rumah dua pupu yang terletak berhampiran Senai. Mumtaz Aini Alawi adalah wartawan penyiaran RTM yang sedang pulang bercuti dan menyambung pengajian di USA. Beliau bakal melangsungkan perkahwinan pada minggu berikutnya, yang pasti saya tidak dapat hadir. Sambil melawak saya berkata, kamilah orang pertama dan terawal tiba !. Berkat doa ibu bapanya dan mungkin sedikit doa  semasa di Mekah dan Madinah, jodohnya telah dipermudahkan Allah SWT. Selamat Pengantin Baru dan Alhamdulillah penantian beliau telah berakhir.  Setelah itu kami ke Layang-Layang menziarahi nenek yang uzur, Saya pulang semula ke UiTM Shah Alam malam itu. Ketentuan perjalanan yang cukup tersusun, SubhanaAllah.

            Pagi 10 Julai 2011 kami ke PWTC bagi menghadiri perjumpaan NGO dengan YAB PM, Saya menerima jemputan dari kumpulan blogger Kelab Che Det (KCD).  Itu merupakan  pertemuan kali pertama dengan kumpulan KCD, amat terasa kemesraan dalam pertemuan singkat tersebut. Saya teruja bila “Beruang Putih” memberitahu tulisan saya bertajuk “Anwar, Mahathir dan KISAH KUDA’ disukai pembaca blog beliau dan telah diterbitkan dalam sebuah akhbar tabliod. Saya juga ada menerima komen positif dari Dato Zaini Hassan (Utusan Malaysia) mengenai tulisan tersebut. Pagi itu saya sempat menemui YB Dato Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Beliau bercerita mengenai lawatan beliau ke Padang Terap ketika saya berada di Sabah. Kami mempunyai satu ‘kisah menarik’ mengenai ‘topi’ dan sejak itu sering berbalas sms mengenai isu-isu semasa. Berapa minggu lalu saudara Shaiful, SUS YB  Dato Razali ada menghubungi saya untuk satu program di kawasan Muar. Semoga saya mempunyai kelapangan untuk membantu beliau.  Ketika sedang keluar dari PWTC, saya menerima panggilan dari pengerak Suara Insipirasi Malaysia (SIM) iaitu team FB yang sangat aktif. Rupanya mereka juga berada di sana. Itu juga merupakan pertemuan pertama antara saya dengan Suud dan Kak Intan serta ramai lagi geng SIM. Terima kasih tak terhingga, nasib baik mereka call last minute,,dapat juga juadah makan tengahari yang sedap sambil boleh berbual banyak perkara. Ketentuan yang sangat indah. SubhanaAllah.

            Jumaat, 22 Julai 2011, saya turun semula ke KL dan terus ke Melaka untuk menyampaikan ceramah kepada ketua-ketua kampung DUN Kemelah kawasan YB Dato Ayob Rahmat yang diadakan di Ayer Keroh D Village, Sambutan dan penghargaan mereka membuatkan saya terharu dan kemungkinan YB akan mengatur satu program ceramah di DUN Kemelah. Selesai ceramahsaya terus ke bergerak menuju Putrajaya dan solat Jumaat di sana. Petang itu kami bertolak pulang dan tiba di Kedah jam 11 malam. 

           Pagi Sabtu, 23 Julai saya dijemput untuk menyampaikan ceramah dan taklimat kepada guru-guru di Sek Keb Bandar Darulaman, Jitra. Di program tersebut saya dipertemukan dengan seorang usahawan  dan insan hebat bernama Zainol Abdulllah yang mempromosikan satu sistem perniagaan berkonsepkan jariah. Kami berkongsi banyak cerita dan pengalaman. Semasa pulang MPV saya kelihatan berasap dan saya berhenti betul-betul berhampiran bengkel yang menjadi kebiasaan saya membaiki kenderaan. Nasib menyebelahi saya, rupanya radiator baru sahaja pecah  dan  minyak hitam telah kering!.  Ketentuan yang baik, kejadian berlaku setelah berada di tempat sendiri. SubhanaAllah.

             26 Julai, saya dihubungi rakan di Pendang dan diminta membaca ikrar di hadapan YAB Perdana Menteri dan warga belia. Saya teruja pada awalnya ! tetapi semasa berbual baru saya teringat dan menolak peluang itu kerana pada tarikh lawatan PM tersebut, saya juga menerima undangan khas untuk Rakan Facebook yang dijangka pada jam 5.30 petang. Program di Pendang dijangkakan jam 2.30 petang. Saya diyakinkan untuk hadir raptai dan beliau mencadangkan saya ke Holiday Villa selepas bacaan ikrar tersebut. Saya akur dan menghadiri majlis raptai pada petang 27 Julai. Namun berlaku sedikit salah faham dan rasa tidak puas hati dikalangan orang tertentu yang melihat kehadiran saya. Dalam keadaan serba salah kerana diminta hadir, pihak berkenaan pula menghantar ‘wakil’ meminta bacaan ikrar itu diberikan kepada mereka. Saya memerhatikan ‘perbincangan’ itu dan pengajur akhirnya akur tanpa mahu timbul sebarang masalah dengan pihak berkenaan. Pihak penganjur memohon maaf dan saya tiada masalah sebenarnya. Saya juga amat bersyukur, kerana hanya perlu berada di Hotel Holiday Villa sahaja menanti YAB PM di majlis Rakan FB beliau. Istimewanya ketika PM bergerak pulang, saya sempat memberikan kertas cadangan Program Motivasi Rakyat dan memberikan penjelasan secara terperinci konsep program berkenaan. Baru-baru ini, akhbar melaporkan YAB PM telah menyentuh cadangan membangunkan program pembangunan minda rakyat ! Kebetulan yang menarik! Alhamdulilah


           Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada bulan Julai memberikan  rasa kepuasan.  Pasukan Kadet Polis Lelaki yang baru setahun dipimpin menerima Anugerah Pasukan Paling Aktif dari Tunku Temenggong Kedah. Peluang memakai baju yang baru siap ditempah dengan kos yang agak tinggi amat berbaloi bila ramai mengatakan saya kelihatan seperti Inspektor Polis sebenar. Itulah kerjaya dan cita-cita pertama semasa di bangku sekolah. Awal Julai saya juga dijemput oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap, Tn Haji Jamil untuk memberikan satu taklimat kepada semua Pengetua dan Guru Besar sewaktu mesyuarat mereka. Inilah kali pertama sepanjang 8 tahun menguruskan skim insurans @ takaful saya dijemput memperincikan perkara berkenaan di daerah sendiri.  Sebulan sebelum itu, saya telah dijemput untuk memberikan penerangan kepada Pengarah dan semua PPD dalam negeri Kedah di Hotel Seri Malaysia. Kebetulan yang mengembirakan, Alhamdulilah.

         Yang pasti setiap bulan dan setiap hari telah Allah jadikan cukup indah buat kita. Julai 2011 membawa banyak kisah menarik. Cabaran bulan Ogos lain pula kisahnya, yang jatuhnya seiring bulan Ramadhan menuntut banyak kesabaran dan ketahanan jiwa dari sikap manusia bermuka dua. Ramadhan kali ini juga membawa kisah istimewa dalam kehidupan saya. Terlalu berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Maha Suci Allah yang mengatur ketentuan yang paling baik bagi setiap hamba-hambaNYA. 

DS Najib sedang menjawab soalan Rakan FB
Cadangan Program Motivasi Rakyat 



Sempat memohon maaf dengan Ummi Hafilda
Bersama Dato Zainal Abidin Sakom

Anggota Kor Kadet Polis 
Taklimat kpd Pengetua & Guru Besar 
Tunku Temenggung Kedah  


Sabtu, 6 Ogos 2011

Mengatasi pelajar kurang ajar


 
Ketika membaca isu 33 orang pelajar yang kononnya 'didera' dalam program motivasi anjuran SMK Bandar Baru Uda dan Jabatan Penjara Kluang, saya terpanggil mengulas isu ini kerana kebanyakkan peserta yang terlibat ialah pelajar yang berusia 16 tahun. Mengapa pihak sekolah mengajurkan program agak 'keras' dan 'hardcore' untuk mereka ? Ini persoalan asas yang perlu diketahui oleh orang ramai.  Tentu ada sebab yang wajar pihak sekolah terpaksa memikirkan kaedah dan pendekatan yang sesuai dalam menghadapi kumpulan pelajaran tingkatan 4 di sekolah berkenaan dan salah satu kaedah ialah mengadakan program simulasi di dalam penjara. Saya yakin pelajar yang 'terpilih' ini mempunyai rekod yang perlu diperbaiki dengan melalui program berkenaan. Jika melihat cara serangan dan kata-kata kesat ibu bapa terhadap pengetua dan pihak JPN Johor, maka kita sudah boleh mengagak bagaimana kurang ajarnya sikap anak-anak mereka di sekolah. 

Selain itu, bagi mengatasi masalah disiplin, satu program Pra PLKN wajar diberikan kepada pelajar lelaki tingkatan yang naik ke tingkatan 4 melalui pemilihan guru atau cadangan dari ibu bapa. Program Pra PLKN atau program seumpamanya harus menerapkan asas disiplin dan penekanan pembentukan jati diri agar mereka dapat diasak dan diasuh untuk mematuhi peraturan sekolah. Syarat wajib dan latihan asas ketenteraan mungkin wajar diterapkan dan pelajar tingkatan 4 ini dihantar ke kem tentera selama sebulan sebelum masuk ke bilik darjah. Peranan guru disiplin dan guru-guru semakin terbatas dan mengudang pelbagai risiko. Justeru melalui peraturan dan sistem baru diharap dapat mengembalikan semangat kaum guru untuk terus mendidik dengan ikhlas. Jadikan suasana sekolah sebagai tempat yang benar-benar 'selamat' dan 'selesa' untuk guru mengajar dan murid belajar.

Rabu, 29 Jun 2011

PENGALAMAN adalah Guru TERBAIK dan TERHEBAT










Firman Allah dalam Surah Ar Rahman "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan mu yang kamu hendak di dustakan"

Peluang melawat Negeri Sabah dari 24 hingga 28 Jun 2011 adalah anugerah Allah SWT yang tidak diduga. Tambahan pula hanya Negeri Sabah saja yang belum saya jejaki di Malaysia. Bersama 36 orang ahli rombongan Majlis Belia Daerah Padang Terap kami tiba di KK dan terus menaiki bas ke Kundasang iaitu lebih 2 jam perjalanan. Kami disambut warga BTN Kundasang, pada petang itu dan mengikuti program pada setibanya di situ. Keesokkan hari, bersama tugasan khas yang diberikan, kami di bawa melihat hutan di Poring yang mempunyai laluan kanopi di atas pokok. Ianya adalah pengalaman menarik dan 'gayat'. Selesai menyusuri 'kanopi' di atas pokok kami turun ke tapak kolam air panas yang dijaga rapi. Ianya merupakan tarikan di Poring dan menambah istimewa taman rekreasi keluarga Hot Spring Poring, dan pengunjung akan  mandi air panas di siang hari !!,  berbeza di kolam air panas Ulu Lengong, Baling yang menjadi tumpuan waktu malam sahaja.

Yang Luarbiasa

Kesempatan istimewa pada hari kedua di Kundasang ialah melihat BUNGA TERBESAR di dunia iaitu Bunga Rafflesia juga mengujakan. Kebetulan bunga ini hanya berkembang 7 hari sahaja,,dan kami berada di situ pada hari ketujuh iaitu hari terakhir bunga tersebut mekar sebelum layu ..SubhanaAllah. Tempat tujuan seterusnya iaitu Kg Luanti, Ranau yang cukup menarik dan seharusnya menjadi tempat wajib untuk kita lawati. Penduduk tempatan di Sg Tagal telah mengubah suasana kampung ini hingga menjadi tumpuan pelancong. Dari sebuah sungai yang terbiar, mereka telah memelihara sungai ini dan menjadikan  lubuk ikan kelah dan beberapa specis ikan sungai yang liar. Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa, dengan izinNYA satu KEAJAIBAN LUARBIASA akan kita lalui di sini. Hampir semua ikan di sungai ini telah berjaya dijinakkan oleh penduduknya. Peluang mandi dan dikerumuni beratus-ratus ikan kelah dengan 'mengigit' jari, tangan, badan, tapak kaki adalah pengalaman FISH MASSAGE yang sangat-sangat HEBAT !!. Ini kerana pengalaman ini adalah di 'sebuah sungai' yang airnya mengalir deras bukannya di 'kolam' ciptaan manusia.

Lokasi seterusnya adalah Ladang Sabah Teh sebelum kami pulang ke tempat penginapan. Sesi pembentangan hasil dari tugasan sepanjang lawatan sehari itu agak menarik. Kami 4 kumpulan telah mengemukakan pandangan dan pengalaman untuk menilai banyak aspek sebagai pelajaran dari perjalanan. Malam berkenaan, saya menjadi moderator dan mengendalikan sesi percambahan minda.Banyak sungguh budaya dan pegalaman yang telah kami 'nampak' dari orang-orang Sabah. Cukup positif dan perlu menjadi contoh kehidupan bermasyarakat. 

Hari ketiga 26hb Jun,  kami menuju Taman Negara Kinabalu dan melakukan sesi kecergasan dan senaman arobik. Kebetulan pasukan kami turut disertai oleh pakar senam arobik iaitu Kak Pah (Latifah) and the geng. Suasana ceria mengiring sesi pagi itu. Seterusnya beberapa peserta termasuk saya telah 'mencuba' merasai pengalaman mendaki..Kami hanya mencuba 1 KM sahaja mendaki hingga ke Pondok Kandis,,tapi penatnya Ya Allah, tercungap-cungap dan macam nak tercabut kepala lutut. Begitulah kehidupan, susah dan sukarnya untuk mendaki ke puncak, Allah tidak menjadikan setiap yang cantik, istimewa, hebat dan luarbiasa itu mudah !. Kita harus belajar dan mahu mengambil risiko dan berusaha untuk merasai nikmat kesenangan. Tanpa asas dan latihan kita tak akan mampu sampai ke puncak. Kami turun semula setelah segar semua, laluan turun amat mengembirakan dan begitu cepat,  begitulah hukum alam, segala yang menyeronokan itu sungguh mudah dan cepat. Menghancur dan membinasakan sesuatu bangunan dan tamadun hanya perlukan masa yang cukup pendek, tetapi untuk membangunkan sesuatu bangsa yang berjaya ianya mungkin memerlukan beberapa generasi.

Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di kubu perang peninggalan tentera Australia, cantik dan terjaga rapi tempat berkenaan. Petang itu adalah saat perpisahan dengan fasilitator BTN Kundasang, Kami merasai pengalaman bersama barisan fasi BTN yang cukup mesra sepanjang di Sabah. Sesi terakhir ini agak istimewa dan memberikan kesan yang sangat mendalam dan menyentuh kalbu. Pasti akan menjadi pengalaman berharga segala perkongsian bersama tenaga pengajar dan 'Guru Muda' dari BTN Sabah. Mereka memang hebat dan berjiwa luhur dan kami merasai sesuatu hubungan yang sangat istimewa yang sukar untuk digambarkan. Saya percaya hubungan erat ini datang dari kejujuran dan keikhlasan yang telah BTN Kundasang berikan sepanjang bersama kami.

Untungnya 

Perjalanan petang itu terus menuju Kota Belud melalui persisir sungai yang sangat cantik, saya membayangkan keinginan sejak sekian lama untuk memilili rumah di sebatang anak sungai seperti ini..sayangnya sungai di Semenajung hampir 80% telah tercemar. Di pekan Kota Belud, tenaga fasi BTN Sabah rupanya telah bersedia menunggu kami dan membantu urusan kami membeli parang  dan pisau buatan istimewa yang menjadi 'trademark' masyarakat di sini. Sebelum berpisah saya memeluk erat Asmarah Rikun dan bersalam sekali lagi dengan mereka. Malam itu kami tiba di Hotel CBS atau Hotel Gaya Central, betul-betul di persisir pantai KK dan tempat tumpuan pelancong. Teruja sungguh melihat bilik penginapan yang moden dan cantik, lebih mengembirkan ianya dibayar oleh seorang dermawan penaja kepada lawatan ini. 

27 Jun 2011, Pagi saya menuju ke Pasar Filipino yang difahamkan menjual berbagai cenderahati istimewa dari Sabah khususnya MUTIARA, namun melalui ajakan Hj Mat Zain yang pernah ke Sabah, kami dibawa ke sebuah kedai di Sinsurans 2, (Ramiza Enterprise), harga yang diberikan jauh lebih murah dari pasar Filipino, maka habislah sebahagian wang disitu tetapi puas kerana hajat untuk ibu dan isteri dapat ditunaikan dengan membelikan mutiara yang Allah ciptakan dari dalam perut kerang. . Firman Allah, "Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan, Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan mu yang kamu hendak dustakan' (Ar Rahman)

Jam 2 petang, beberapa orang dari ahli rombongan kami menaiki bot dari jeti di persisir Waterfront ke Pulau Peranginan Mamutik dan Pulau Manukan, cantik dan besih serta merupakan tempat tarikan pelancong juga. Dengan bayaran RM20 sahaja kami merasai kepuasan meredah laut dan meronda dua buah pulau di Sabah, pengalaman ini tidak dirasai oleh sebahagian ahli rombongan yang lain kerana hanya 12 orang sahaja yang mengambil keputusan untuk menghabiskan masa melihat Sabah lebih dekat. Sebilangan ahli yang lain mungkin lebih selesa berada di bilik atau meronda di bandar KK. Malah kami merasakan kalau bayarannya RM50 pun ianya adalah berbaloi. Pulang dari pulau, sesi shoping seterusnya dilakukan,,saya membawa ahli kumpulan seramai 12 orang melalui Pasar Filipino, ada cerita menarik di sini apabila seorang adik yg bertanya kepada pekedai tentang gelang mutiara dan meminta tawaran harga dari RM15 kepada RM12, tetapi sikap pekedai (bangsa Filipina) yang mengatakan kalau boleh dapat murah pergilah cari, dengan menyindir kami supaya mencari kot-kot dapat RM5 !!, Tercabar dengan sikap kurang sopan peniaga tersebut saya terus membawa mereka ke Ramiza Enterprise yang saya kunjungi pada pagi tadi, (tersesat juga mencari kedai tersebut). Lebih 2 jam kami disitu dan kebetulan yang hebat,,rupanya ramai lagi ahli rombongan turut berada di kedai tersebut pada petang itu. Selesai membeli barangan di kedai berkenaan dan dalam perjalanan pulang, kami beramai-ramai sengaja melalui semula kedai di Pasar Filipina tadi,,masing-masing membimbit barang-barang melalui betul-betul di hadapan perempuan tersebut,,kami dapat melihat 'air muka penyesalan' kepada pekedai tersebut,,Nilai pembelian petang itu melebih RM3000 !!. Pengajaran berharga: pelanggan yang datang membeli barang biasanya bukanlah kerana 'nilai harga barangan-mahal atau murah' yang diletakkan, tetapi apa yang sangat mereka hargai ialah 'nilai layanan' dan 'kemesraan' dari jurujual.

Kos RM200 ke Sabah

Dengan izinNYA kami merasai suasana baru yang amat berbeza. Sabah masih kelihatan 'suci dan terjaga'. Terlalu kurang motorsikal seperti di tempat kita dan tiada mat rempit di sana. Warong-warong seperti 'reban ayam' juga tidak dapat dilihat di Kota Kinabalu berbanding di tempat kita. Peraturan dan penguatkuasaan di sana rasanya jauh lebih baik dan tegas berbanding di Semenanjung. Kebersihan juga menjadi satu amalan dan budaya yang dapat dibanggakan. Malah kalau kita bandingan slogan sesetengah negeri di Semenanjung yang hanya gah pada nama dan slogan kosong wal hal tahap kebersihan adalah jauh lebih ketinggalan dengan sebuah negeri seperti Sabah yang mempunyai beratus etnik dan fahaman agama yang berbeza.

Sabah bagi saya amat istimewa, kita boleh dan patut belajar dari mereka. Kami bercadang untuk sekali lagi ke sana untuk mengalami pengalaman mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu dan mungkin ke Semporna, Kudat dan bandar lain. Jangkaan kami jika dimurahkan rezeki, kosnya mungkin sekitar RM2000 hingga RM3000. (termasuk pakej mendaki RM600 dan lain-lain kos). Namun lawatan ini memberikan rasa kesyukuran yang teramat sangat kepadaNYA. Rezeki dan KebesaranNYA adalah nikmat yang sungguh tak disangka, Hanya dengan bayaran RM200 sahaja, kami mengalami segala pengalaman sepanjang 5 hari di Sabah. Dari penginapan, makan minum semuanya dibayar oleh penaja, Seingat saya hanya makan malam di KK sehari dan sarapan pagi sahaja yang kami keluarkan belanja. Semoga Allah murahkan rezeki mereka yang banyak menyumbang untuk menjayakan lawatan ini. Malah beberapa kontraktor yang menjadi peserta lawatan juga telah bermurah hati belanja makan sepanjang sesi lawatan. Terima Kasih khas untuk YB Dato Mahdhir Khalid (ADUN Pedu), Tuan Haji Badrulhisham (KP), Ismail Ibrahim (Pengerusi MBD) dan Azmi Abd Rahman (ketua rombongan)

Kami juga sangat menghargai jasa bakti fasilitator BTN Kundasang, Sabah yang menerima kami dengan hati telus dan ikhlas serta layanan yang terlalu istimewa. Nama Asmarah Rikun, Pak Boi, Pak John, Pak Zack, Pak Long dan lain-lain 'guru muda' BTN Sabah akan menjadi ingatan dan kini menjadi sahabat yang akrab kepada kami. Bersyukur kepada Allah SWT kerana 'menghantar' kami ke Sabah. Banyak hikmah yang Allah SWT kurniakan dari sesi lawatan ini. Pengalaman solat suboh berjemaah dan solat dhuha di ketinggian wilayah Kundasang dengan pemandangan Gunung Kinabalu sangat istimewa dan luarbiasa. Sukar untuk mengukapkan bila Allah mengizinkan kami untuk datang kesitu dan melihat berpuluh pasak bumi di sekeliling banjaran gunung tertinggi di Asia dan melihat kecantikan alam ketika matahari terbit dan juga ketika matahari terbenam. Dan dengan kekuasaanNYA digantikan malam itu dengan siang, diaturNYA perjalanan alam ini tanpa sedikit pun kecacatan untuk kita berfikir. Maha Pencipta Allah seperti mana firmanNYA 'Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan, dan telah dijadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya, dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetap' (61: Surah An Naml).

Niat untuk sentiasa menemui 'sahabat baru' yang sering saya impikan setiap kali 'keluar rumah' telah ditunaikanNYA. Impian melawat Sabah dengan bayaran yang diluar jangkaan adalah nikmat anugerahNYA yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang... "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan mu yang kami hendak dustakan". Pengalaman memang GURU YANG TERBAIK dan TERHEBAT. Selalunya, didikannya akan kekal terpahat selamanya. Terima Kasih SABAH.














Ahad, 13 Februari 2011

Wajarkah BUKAN ISLAM dibenar jadi WAKIL TAKAFUL. ?

Saya tertarik mengulas apabila semakin banyak syarikat insurans konvesional  kini berusaha memohon lesen takaful. Sehingga kini sudah 9 lesen takaful  dikeluarkan oleh BNM bagi merancakkan industri  dan sistem kewangan Islam. Ianya adalah satu kejayaan untuk negara kita yang mempunyai komitmen menyedarkan orang Islam bagi memilih produk takaful berbanding konvesional.  Namun saya ingin memohon perhatian dan tindakan Bank Negara Malaysia agar mewajibkan syarat hanya orang Islam sahaja boleh menjadi wakil  untuk  memasarkan produk berkenaan. 

Banyak kesan negatif jika wakil bukan Islam dibenarkan memasarkan produk takaful hayat kepada orang-orang Islam.  Ianya seumpama  ‘masakan  orang Islam’ yang boleh dimakan bukan Islam, tetapi ‘masakan bukan Islam’  (walaupun halal) harus dielakkan oleh umat Islam dan tentunya dikhususkan kepada bukan Islam. Begitulah juga kiasan bagi produk Takaful dan syarat menjadi wakil Takaful haruslah beragama Islam.  BNM dan Persatuan Wakil Takaful juga harus mengkaji syarat  AKAD  yang mesti  dilakukan oleh Wakil Takaful dan bagaimana situasi ini apabila melibatkan penjualan produk takaful dari wakil bukan Islam kepada orang Islam ? Jika perkara ini dibiarkan, wakil atau agen bukan Islam akan ‘menjaja’ ayat Al Quran dalam mencari peluang dan pendapatan.  Contoh ini sudah kita lihat dalam kegawatan politik apabila ahli politik bukan Islam mencemarkan kesucian  agama kita dengan menjaja ayat Al Quran. Perkara ini sebenarnya sudah berlaku  apabila sebuah syarikat  takaful  (Etiqa Takaful) membenarkan agen bukan Islam memasarkan produk takaful bagi ‘meraih’ komisyen dari masyarakat Islam.  

Mereka pasti akan ‘memanfaatkan’  peluang sebagai agen takaful untuk pasaran masyarakat Islam . Cuba pihak Bank Negara Malaysia bayangkan bilamana agen ini menyeru klien dan menceritakan kehebatan sistem kewangan Islam dan takaful tetapi mereka masih  tidak beriman dan secara jelas sebenarnya bermotifkan keuntungan dengan memperkudakan produk takaful.

Sehubungan itu, BNM  dan Persatuan Agen Takaful  perlu tegas  dalam hal seperti  ini agar nasib agen takaful yang beragama Islam lebih terbela di dalam industri ini. Malah jika BNM  atau syarikat takaful sangat berminat untuk membenarkan agen bukan Islam menjual produk takaful keluaran syarikat mereka, maka saya ingin mencadangkan agar agen bukan Islam ini hanya dibenarkan menjual produk takaful kepada kaum mereka atau pelanggan bukan Islam sahaja. Semoga melalui cara ini, dakwah Islam boleh disebarkan secara tidak langsung  apabila wakil dan pelanggan bukan Islam melihat ‘kecantikan’ produk takaful berbanding konvesional. Sekali pun mereka belum memeluk Islam tetapi untuk menjalankan perniagaan ini mereka terpaksa belajar dan memahami seterusnya menjelaskan kepada masyarakat bukan Islam tentang kelebihan produk takaful. Saya mengharapkan agar perkara ini diberikan perhatian khusus serta satu peraturan segera dikeluarkan untuk menjaga nilai dan kemurnian produk-produk takaful serta sistem kewangan Islam. Ambilah contoh paling terbaru, apabila bukan Islam tidak dibenarkan menjadi peguam syarie..fikirkanlah.

BUDIMU MAHATHIR

Terima kasih Tunku Abdul Rahman
BAPA KEMERDEKAAN
Terima kasih Tun Abdul Razak
BAPA PEMBANGUNAN
Terima kasih Tun Hussein Onn
BAPA PERPADUAN
Al Fatihah.. Semoga roh mereka aman.

Jika hari ini …MALAYSIA BERJAYA
Jika hari ini….MALAYSIA TERNAMA
Jika hari ini…KITA BERBANGGA
Dan jika hari ini…MEGAHNYA MENJADI WARGANEGARA
Jika hari ini….TANAHAIR INI DIPANDANG MULIA
PERKASA BICARA
Jika hari ini…KEMAKMURAN TERASA
Sejarah keunggulan bermula …
Darimu……MAHATHIR MOHAMAD

Kau arkitek Malaysia moden
Mewarnai wajah indah Malaysia
Melakar panorama memukau Putrajaya
Membentuk bangsamu merentas benua
Menghampar laluan membuka dunia
Memagar kekuatan membina nusa
Memacak tiang seri di persada maya
Menobat mahkota negara ke puncak mercunya

Budimu…tiada terbalas dengan kata-kata
Jasamu.. tiada ungkapan secantik bahasa
Kegigihan hidupmu menabur bakti
Allah S.W.T. jua membalasnya

Bangsamu berbangga,kerana kau milik kami
BAPA KEMERDEKAAN PEMIKIRAN
BAPA PEMBANGUNAN BERWAWASAN
BAPA PERPADUAN BERILTIZAM

Baktimu tetap subur menyinar
Sebagai permata bernilai negara
Jasamu harum semerbak
Sebagai negarawan berwibawa
Namamu terpahat ..Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Dalam sejarah peradaban dunia

TUN MAHATHIR KERAMAT HIDUP

Sebahagian besar dan majoriti rakyat Malaysia membesar dan melihat era kepimpinan Dr Mahathir. Legasi pemerintahnya menyumbang kesan yang bukan sedikit kepada era pemodenan dan pentadbiran negara dan tamadun bangsa yang bukan calang-calang. Beliau dilihat begitu gigih dalam segala perancangan dan tindakan menjayakan bangsa Melayu dan Negara Malaysia dengan cemerlang. Namun setelah perletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri, kelihatan seperti beliau cuba untuk di bekukan dan dipadamkan dari perbualan rakyat Malaysia. Umum tahu,apabila tampok pemerintahan berubah, maka sudah semestinya Pak Lah harus diberikan keutamaan dan perlu dilihat jauh lebih hebat dari Tun Mahathir. Dalam keadaan ini, tindakan Pak Lah dan perancang utama yang berada di sekeliling beliau dilihat cuba untuk memadamkan sejarah cemerlang 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir. Namun bukan semudah itu untuk membunuh kecemerlangan pemimpin ulung ini yang kalau pun tidak diikitiraf oleh segelintir kecil rakyat Malaysia yang masih berfikiran primitif tetapi seluruh dunia mengangkat ketokohan beliau sehingga hari ini. Pemikiran dan tindakan beliau amat sukar dibaca hingga kesan segala ucapannya sering mengemparkan rakyat dan ahli UMNO yang semakin hilang arah. Malah tindakan beliau juga memberikan impak yang begitu besar kepada PRU 12. Keluarnya beliau dari UMNO turut memberikan tempias yang bukan sedikit kepada UMNO hingga kesannya turut terpalit dalam pilihanraya di Permatang Pauh. Namun tindakan ini tidak lama apabila beliau menyatakan hasrat untuk bersama UMNO semula.

Kembalinya yang berbahagia Tun Dr Mahathir ke pangkuan UMNO merupakan perkhabaran gembira yang di nanti oleh ramai pejuang dan pendokong UMNO. Keluarnya Tun Mahathir dari UMNO tidak mendatangkan keuntungan malah memberikan impak yang amat besar kepada UMNO dan kerajaan. Kembalinya beliau untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional harus mendapat penerimaan dan keterbukaan khususnya mengenai segala luahan dan pandangan yang perlu sentiasa diberikan perhatian oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Kita tidak dapat menyalahkan Tun Mahathir yang mengumumkan keluar dari UMNO tidak berapa lama dahulu. kerana kecewa terhadap Pak Lah. Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Pak Lah seharusnya melihat kembalinya Tun Mahathir ini sebagai cabaran dan tanggungjawab untuk memulihkan keadaan khususnya dalam UMNO dan Barisan Nasional. Semestinya Pak Lah telah memikirkan situasi untuk pemulihan UMNO dan Barisan Nasional sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu. Malah jika keinginan Dr Mahathir untuk memaksa Pak Lah berundur kerana pandangannya yang jauh terhadap kepentingan negara dan bangsa, Pak Lah harus menilai perkara ini dari sudut positif dan rela berkorban untuk bangsa, agama dan negara. Kita tahu bukan mudah untuk Pak Lah melepaskan jawatan seperti mana Dr Mahathir meluahkan hasrat meletakan jawatan statu ketika dahulu hinggakan seluruh negara tersentak dan terkedu. Bezanya hari ini ialah apabila kebanyakkan ahli UMNO sendiri menginginkan Pak Lah melepaskan jawatan tanpa perlu menunggu tempoh 2010 demi survival UMNO dan Barisan Nasional. Dahulu, tempoh perletakan jawatan Dr Mahathir ditangisi bezanya sekarang, tempoh pengunduran Pak Lah dinanti-nanti.

Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Mahathir seharusnya diberikan tempat sejak dahulu lagi untuk menyampaikan pandangan bagi membantu UMNO dan Barisan Nasional. Ramai pimpinan UMNO tidak dapat menilai dari mata hati akan kata-kata Tun Mahathir yang dianggap seolah-olah mencampuri urusan kerajaan dan UMNO selepas persaraannya. Jauh di sudut hati kita berasa amat kesal apabila terdapat usaha meminggirkan Tun Mahathir selepas meninggalkan tampok pemerintahnya selama 22 tahun. Beliau tidak lagi dilihat penting dan berharga oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam banyak keadaan dan keputusan. Cadangan dan pandangannya tidak pernah diambil peduli oleh pimpinan kerajaan hingga ada yang sanggup mencemuhnya. Beliau terlalu dilukai selepas melepaskan jawatan. Bagi saya Tun Mahathir bukan sebarang orang dan pandangannya selalunya lahir dari keikhlasan dan sayangkan bangsanya.

Amat menyedihkan apabila negarawan terbilang yang pernah berkorban ikhlas untuk agama, bangsa dan negaranya dianggap pengacau selepas era pemerintahnya berakhir suatu ketika dahulu. Tsunami politik pada 9 Mac 2008 amat berbeza dengan ombak kecil pada 1999 selepas pemecatan Dato Seri Anuar. Dr Mahathir masih berdiri kukuh walaupun selepas peristiwa September 1998 beliau antara pemimpin yang paling hebat menerima kecaman, hinaan, dan kata nista yang tidak terbayang akan dilemparkan oleh parti pembangkang mahupun ahli UMNO sendiri. Malah jauh dari itu solat hajat juga diadakan untuk tujuan buruk oleh sebahagian besar penyokong parti pembangkang. Menimbau persitiwa lama, penulis sendiri merupakan penyokong fanatik pembangkang yang ‘tertutup mata hati’

Ketika itu hinggakan merasakan kehilangan apabila Tun Mahathir mengumumkan pengundurannya pada tahun 2002. Tetapi dalam situasi yang tenang dan damai dalam era pemerintah Pak Lah, kemenangan parti pembangkang dan nasib malang yang menimpa UMNO dan Barisan Nasional tanpa diduga oleh sesiapa pun termasuklah parti pembangkang sendiri adalah sesuatu yang tidak dapat dibaca dan dijangka. Apa yang terjadi terhadap Barisan Nasional dilihat sebagai satu pengajaran dan setidak-tidaknya merenung kembali sikap dan layanan yang dilakukan terhadap Tun Mahathir sebelum ini telah memberikan kesan. Penghormatan dan jasanya yang tidak dihargai ketika beliau tiada jawatan sedangkan pengorbanannya jauh lebih besar dari yang kita fikirkan. Malah memetik kata-kata seorang ahli politik legasi Tun Mahathir, beliau antara seorang dari begitu ramai pemimpin yang dilahirkan dalam 100 tahun untuk melonjakkan tamadun sesuatu bangsa. Sesungguhnya jika benar kata-kata keramat itu maka Tun Mahathir adalah pemimpin yang seharusnya diletakkan dalam penghormatan negara selepas perletakan jawatannya. Semoga hari ini pimpinan UMNO dan Barisan Nasional dapat menginsafi peristiwa ini menoleh semula kebelakang untuk menghargai sumbangan beliau.

Sanjungan untuk Tun Mahathir tidak pernah luntur dari kebanyakkan rakyat Malaysia dan hampir diseluruh dunia khususnya dunia Islam. Adakah kita sedar dalam 22 tahun pemerintahnya berapa ramai rakyat Malaysia mendapat pekerjaan dan mampu menyara keluarga dan mengeluarkan zakat?. Janganlah kita lupa begitu ramai rakyat negara jiran juga datang mendapatkan sesuap nasi dan rezeki yang melimpah ruah untuk membantu keluarga mereka di negara asal. Lupakah kita bagaimana beliau sebagai pemimpin kita ketika itu mampu mempertahankan maruah umat Islam dari serangan Yahudi dan Nasrani pada ketika bangsa Arab membisu dan tidak berani mengangkat muka?. Sedikitkah jasa Tun Mahathir apabila berjuta umat Islam yang tertindas, miskin dan memerlukan bantuan seperti di Bosnia, Somalia, Afganistán, Sudan, dan lain-lain negara Islam mendapat simpati dan pertolongan segera dalam pelbagai bentuk bantuan seperti ketenteraan, pembangunan, derma, pendidikan dan pelbagai sokongan lain semasa era pemerintahnya?. Jika dunia Islam mengakui dan mendoakan kesejahteraan beliau dan Allah Maha Mengetahui isi hati dan keikhlasan hambanya maka sebagai sesama manusia adakah wajar kita menzalimi segala jasa dan pengorbanan Tun Mahathir kepada bangsa, agama dan negara. Malah pengorbanan beliau melangkau benua dan sempadan yang tidak mampu diharungi oleh pemimpin negara Islam yang lain pada ketika negara mereka kaya raya dan mewah tetapi terbatas dari segi kemampuan untuk membantu negara lain.

Malah pembangkang sendiri telah mengakui kehebatan Tun Mahathir dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Jika banyak pimpinan negara seperti di Singapura meletakkan bekas pemimpin mereka sebagai penasihat demi membina negara bangsa yang telah diasaskan mereka termasuk parti pembangkang seperti PAS dan DAP juga meletakkan bekas presiden atau pemimpin utama mereka sebagai penasihat parti untuk meneruskan kesinambungan sokongan dan khidmat nasihat untuk memperkukuhkan sokongan. Persoalannya, mengapa UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh meniru situasi yang boleh memberikan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara ini?. Masih butakah kita untuk menilai segala sumbangan jariah dan pemikirannya yang menyebabkan bangsa dan agama kita kembali diikitraf setelah sekian lama dijajah. Ingatlah bahawa bangsa Melayu adalah antara bangsa terakhir menerima ajaran Islam, tetapi di atas sumbangan dan pemerintahan beliau orang Melayu menjadi bangsa yang boleh membantu seluruh umat Islam.

Tun Mahathir bagi saya adalah ‘Keramat Hidup’ yang berbisa kata-katanya, selalu betul dalam segala tindakannya, terlalu mendalam pandangannya dan jarang dari kita membaca gerak hatinya. Pengalaman panjang sebagai seorang negarawan yang ikhlas jiwanya tidak seharusnya diketepikan. Malanglah bagi UMNO jika Parti Keramat ini meminggirkannya dalam pelbagai perkara. Dengan Keramat UMNO dan keikhlasan Tun Mahathir pasti kita dapat memulihkan UMNO yang berjasa ini. Pandangan Tun Mahathir bukan sekadar ucapan biasa kerana setiap lontaran ucapannya mengandungi azimat yang beliau nampak dari firasatnya sebagai bekas pemimpin ulung bangsa Melayu. Fikirkan sejenak duhai pimpinan dan ahli UMNO, beliau bukan calang-calang orang kerana Tun Mahathir ialah seorang pemikir, penulis, pengkaji, pénelaah, tidak tamak kuasa, memiliki daya intuitif yang sangat tinggi, tidak mudah percaya dan menerima segala maklumat dengan membuat kajian, tidak mudah berjanji tetapi jika berjanji akan ditepati. Beliau sangat menghormati masa, tiada kepentingan diri apatah lagi kroni, tidak khianat kepada sesiapa kerana keikhlasan sepenuhnya dicurahkan kepada UMNO yang amat disayanginya. Malanglah bagi kita jika membiarkan Tun Mahathir berada di luar gelanggang. Beliau sewajarnya dihormati kerana pengalaman dan pandangannya yang tidak menjangkau pemikiran kita. Rugilah untuk UMNO jika masih gagal menilai kehebatannya dan ketokohnya untuk memperkasakan UMNO kembali. Saya pernah mencadangkan kepada pimpinan negara selepas PRU 12 dan sekali lagi mahu mencadangkan agar Tun Mahathir dilantik sebagai PENASIHAT AGUNG UMNO dan Penasihat Negara sementara hayatnya masih ada kerana kebangkitan UMNO dan Hidupnya UMNO dan kehebatan negara Malaysia adalah pengorbanan beliau yang perlu diakui dengan tulus ikhlas dari kita sebagai pendokong Parti Keramat ini.

KAD PERUBATAN: RAMAI PENGGUNA JADI MANGSA KETIDAKFAHAMAN

Masyarakat Malaysia semakin di dedahkan dengan kepentingan insurans atau takaful perubatan. Berbagai bentuk pakej kad perubatan atau medical kad semakin mendapat perhatian bagi tujuan menampung kos perubatan di hospital swasta yang semakin meningkat. Desakan keperluan penggunaan kad perubatan menyebabkan ramai agen syarikat insurans dan takaful kini berlumba-lumba memasarkan produk kad perubatan mereka.  Persaingan sihat ini sebenarnya memberikan kebaikan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat dan pakej penting yang ditawarkan oleh sesuatu kad perubatan.  Sebilangan besar agen pula mewar-warkan kehebatan kad perubatan mereka kononnya yang terbaik dan terpantas dalam pasaran.  Antara ayat-ayat yang boleh mencairkan pengguna ialah kad mereka mudah ‘claim’ dan senang digunakan apabila kita ke hospital swasta.  Beberapa contoh pelanggan yang pernah menjalankan pembedahan dijadikan ‘senjata’ untuk memikat pelanggan baru. Sebenarnya semua kad dalam pasaran adalah baik dan berkesan pengunaannya. Sebagai pengguna kita harus tahu bila dan bagaimana menggunakan kad perubatan dan lebih penting dari itu ialah berbaloikah harga yang dibayar setiap bulan atau setiap tahun?. Salah satu cara yang menjadikan kad perubatan ini mudah dipasarkan kononnya akan ada pulangan apabila tempoh matang. Sepanjang pengetahuan penulis belum ada lagi kad perubatan di Malaysia yang berbentuk ‘simpanan’ kecuali ianya adalah ‘manipulasi’ agen untuk melariskan sesuatu kad perubatan yang mereka jual.

Dalam keghairahan kita mendapatkan kad perubatan, ramai pengguna sering menjadi mangsa ketidakfahaman dan lebih dari itu menjadi mangsa kerugian kerana membeli pakej yang sebenarnya tidak langsung diperlukan. Istilah ‘rider’ sering digunakan sebagai pilihan tambahan yang dimasukkan oleh agen apabila kita membeli sesuatu medical kad.  Penulis telah menkaji beberapa kad perubatan dan mendapati kebanyakkan rider yang disertakan sebenarnya dimasukkan atas kepentingan agen yang inginkan komisyen yang tinggi atau dapat ‘menyapu’ lebih banyak duit klien.

Dalam banyak siri taklimat penulis melalui slot ‘Revolusi Mental Pengurusan Kewangan’ anjuran PSKPPK Jabatan Pelajaran Kedah, didapati kebanyakan kakitangan awam atau guru  adalah mereka yang sering menjadi mangsa agen yang tidak bertanggungjawab. Malah hubungan rapat penulis dengan beberapa agen dari syarikat takaful yang memasarkan kad perubatan berbentuk pelaburan mengakui teknik jualan mereka menyebabkan kad perubatan mereka amat laris di pasaran. Secara jujur, rakan penulis telah mengatakan beliau menjual kad perubatan tersebut dengan menceritakan A-Z kepada 10 orang, apabila pelanggan mengetahui ‘kerugian’ pelaburan dan kos yang amat tinggi untuk memiliki kad perubatan tersebut, semua pelanggan tersebut tidak mengambil atau membeli kad perubatan tersebut. Namun rakan penulis tersebut merasa amat puas kerana setiap kali beliau menjual kad perubatan tersebut, beliau akan bercerita dengan sejelasnya. Ada yang membeli dan ada yang menolak. Namun beliau bukanlah agen sepenuh masa sebaliknya sekadar menjadikan tugas agen takaful ini sebagai kerja sambilan. Justeru target jualan atau bonus pelancongan dan insentif syarikat bukanlah matlamat utama. Moralnya berapa ramaikan agen syarikat insursans atau takaful akan bercerita dengan jujur dan sejelasnya apa yang terselindungan dalam pakej kad perubatan berbentuk pelaburan.  Baru-baru ini  rakan penulis menyatakan sedang mengintai untuk menjadi agen syarikat lain kerana tidak ‘gamak’ menyebabkan kliennya rugi pada masa hadapan akibat mengharapkan pulangan dari pakej kad perubatan tersebut. Salah satu ayat yang masih penulis ingat ialah, beliau tidak mahu 10 atau 20 tahun lagi klien beliau akan ‘memaki’  kerana tidak menjelaskan segala kos yang tersembunyi  yang menyebabkan klien rugi dan terpaksa membayar tambahan.

Penulis yang sering berhadapan dengan ramai golongan professional juga melihat keterujaan mereka untuk memiliki kad perubatan. Malah hampir 90% dari golongan profesional ini tidak pun faham apa yang mereka beli. Berapakah harga sebenar kad perubatan serta kos-kos lain yang mereka bayar ? Melalui taklimat  yang penulis kendalikan, pembongkaran ini terpaksa dilakukan demi memastikan mereka tidak mudah diperdaya selain bepeluang melihat kos-kos tersembunyi dan membuat perbandingan beberapa kad perubatan.

Semasa mengendalikan satu sesi, penulis dikejutkan oleh pendedahan seorang guru yang menghabiskan  RM500 lebih setiap bulan untuk kad perubatan sekeluarga. Setelah menjelaskan apa yang sepatutnya difahami oleh guru tersebut, beliau dapat menjimatkan wang dan mampu membayar ansuran sebuah kereta. Sebenarnya masih ramai yang lagi yang masih tidak memahami perkara-perkara ‘teknikal’ dalam pakej kad perubatan. Tanpa menafikan kepentingan medical kad  yang merupakan keperluan penting hari ini, penulis hanya berharap sebagai pengguna kita harus banyak membaca, bertanya dan menyelidik kad perubatan yang ingin kita beli atau yang telah sedia kita miliki. Mengapa mesti membazirkan wang untuk sesuatu yang boleh kita perolehi dengan harga yang lebih rendah dengan kualiti yang lebih baik. Jangan terlalu percaya kepada kata-kata agen yang kadangkala meletakkan kepentingan komisyen jualan dihadapan mereka tanpa rasa tanggungjawab menyampaikan maklumat yang telus dan jujur. Jika kita masih ‘berbudget’  untuk keperluan keluarga, adalah lebih baik kita membeli kad perubatan keluarga dari mengambil kad perubatan individu yang terlalu mahal harganya. Perlu diketahui juga, ramai pengguna kad perubatan akhirnya terpaksa dirujuk ke hospital kerajaan disebabkan kekurangan kepakaran dan kemudahan di hospital swasta.  


PERBANDINGAN HARGA MEDIKAL KAD @ KAD PERUBATAN 3 BUAH SYARIKAT
RUJUK HAD BILIK SEBAGAI BANDINGAN HARGA – X (Insurans) Y (Takaful) Z (Takaful)


India Malaysia Tak Tahu Bersyukur

Sebagai seorang yang berketurunan India Saya agak lama memikirkan untuk menulis artikel ini. Ketika membaca tulisan Zaini Hassan mengenai India di Malaysia dan India di India..saya  sangat bersetuju dengan pandangan jujur serta berani oleh beliau mengenai negara India dan realiti kebanyakkan profesional India di Malaysia yang kuat menyalak dan tidak sedar dek untung seperti M Kulasegaran dan Gobalakrisnan. Malah sebagai seorang yang berketurunan India, jika undang-undang negara atau adab masyarakat membolehkan meludah tanpa tindakan undang-undang, saya berhasrat untuk melakukannya kepada kedua-dua bangsat dalam DAP dan PKR tersebut.

Sebelum mengulas coretan Zaini Hassan, saya adalah berketurunan India Muslim dan berbangsa Marlbari (emak dan bapa saya berketurunan Malabar). Saya tidak tahu sangat mengenai sejarah awal kedatangan nenek moyang saya tetapi apa yang pasti keturunan saya berasal dari Kerala, India dan berhijrah ke Tanah Melayu sebelum merdeka. Malah saya amat bersyukur dengan keputusan nenek moyang yang membuat keputusan amat bijak untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Jika tidak entah apalah nasib bangsa kami atau nasib saya sendiri ketika ini. Betul benar  seperti sabda Nabi SAW “Berhujrah, nescaya kamu beroleh kemuliaan’. Malah hari ini saya pula sudah berhijrah dari Johor ke Kedah dan tinggal dalam komuniti Melayu 100%. Tidak langsung rasa terasing malah seronok dengan sikap orang Melayu yang begitu menghormati dan amat bertolak ansur kepada kaum lain walaupun saya bukan sebangsa dengan mereka.

Keluarga kami membesar di sebuah kampung Melayu di Seri Bengkal, Seri Gading yang cukup harmoni dan dilayan tanpa diskriminasi. Hampir tidak terjumpa pun perkara yang boleh menyebabkan kami berkecil hati kepada orang Melayu dikampung tersebut. Bangsa India yang sedar dan tahu bersyukur tidak boleh membohongi diri dan suara hati anda, bertapa jika seorang keluarga India tentu masih boleh ‘hidup mewah’’ dalam kelompok masyakarat Melayu, tetapi belum tentu seorang keluarga Melayu boleh ‘hidup selesa’ dalam majoriti masyarakat India. Inilah realitinya Malaysia yang seharusnya menghormati ‘perlembagaan dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu’

Jika Zaini Hassan yang berketurunan Melayu menulis artikel ini dipersalahkan atau dituduh perkauman, maka izinkan saya yang berketurunan India untuk menyokong segala fakta dan pandangan yang amat berasas dan tidak boleh dinafikan kecuali oleh India di Malaysia yang sombong, bongkak dan tidak tahu dek untung nasib menumpang di bumi Melayu ini. Malah saya mencabar kepada kedua-dua Ahli Parlimen yang saya ibaratkan ‘kaduk naik junjung’ dan bongkak ini untuk membuat laporan polis terhadap kenyataan saya ini jika mereka tidak puashati.

Mungkin ada keturunan India yang marah dengan tulisan Zaini Hassan kerana Zaini adalah Melayu, bagaimana pula jika saya sebagai seorang yang berdarah India  mengatakan bahawa punca kedangkalan sejarah  dan isu perkauman ini bukan disebabkan oleh orang Melayu tetapi disebabkan keturunan India atau Cina yang ektrim melalui Parti DAP dan PKR, malah ia juga terdapat dalam komponen BN yang menjadi musuh dari dalam.

Sebagai India Malaysia saya mencadangkan agar India yang ‘tersentuh dan terasa hati’ bolehlah mendapatkan sokongan kerajaan Tamil Nadu untuk memohon semula kewarganegaraan India. Jika Hindraf pernah mendapatkan sokongan kerajaan Tamil Nadu kononnya orang India di tindas di Malaysia dan kerajaan Tamil Nadu begitu teruja dan mahu membantu maka tentunya jika kali ini orang-orang seperti M Kulasegaran dan Gobala boleh balik dan berambus ke Negara India dan tentunya dengan mudah diterima oleh kerajaan Tamil Nadu kerana taraf dan kasta mereka yang tinggi sebagai Ahli Parlimen. Mahu rasanya kita mencadangkan agar dibuat MOU diantara Malaysia dan India agar diberikan peluang kepada anjing-anjing yang mempertikaikan nasib mereka di Malaysia untuk pulang bercuti selama 3 bulan ke kampung halaman tok nenek mereka untuk muhasabah diri.

Apakah kedua-dua bangsat tersebut tidak terfikir jika mereka dan keturunan mereka masih lagi di India hari ini ? Mampukah kedua mereka mereka menyalak seperti anjing kurap di dalam Parlimen mempetikaikan ‘ketuanan Melayu’ yang telah memberikan ruang kepada bangsa India yang berhijrah ketika itu satu negara yang begitu selamat dan cukup terjamin dari segala segi. 

Adakah India di India memberikan jaminan yang sama kepada bangsa India yang beragama Islam di bumi India. Malah nasib India yang beragama Hindu dan Kristian pun tidak terjaga oleh pemerintah India apalah lagi nasib orang Islam di Khasmir dan Gujerat. Siapakah yang membela nasib umat Islam yang ditindas oleh pemerintah India serta golongan ektrimes Hindu di sana ? Tanyalah bagaimana dana untuk masjid didirikan diperolehi  di India ? Malah begitu banyak ketidakadilan dilakukan oleh keturunan India sendiri terhadap bangsa India di India. 

Saya berkawan dengan ramai rakan India dan mereka sudah berkali melakukan lawatan serta berkunjung ke pelbagai tempat, malah mereka mengatakan kesyukuran yang amat sangat menjadi rakyat Malaysia kerana rezeki dan peluang yang cukup luas untuk meraih kekayaan di Malaysia (asalnya Tanah Melayu). Saya ingin bertanya kepada kedua-dua bangsat ini..apakah nasib orang Melayu terjamin di tanah asal mereka jika konsep ketuanan Melayu (kuasa raja-raja Melayu) dihapuskan ?, sedangkan di India yang bertuankan India, sesama bangsa Hindu pun dilayan dengan kasta yang berbeza apatah lagi berlainan agama. Adakah layanan berbeza ini dilakukan oleh orang Melayu kepada kaum India di Malaysia. Pernahkah amalan agama bangsa lain mendapat halangan oleh bangsa Melayu dengan konsep ketuanan Melayu dengan kedaulatan raja sebagai lambang ketuanan Melayu selama ini ?.

Saya juga ingin memetik kata-kata yang dinukilkan oleh Zainuddin Maidin, megenai kata-kata Tunku Abd Rahman, memang berasas mengenai sikap orang India yang suka bercakap atau menyalahkan sesuatu. Malah dalam satu lawatan ke luar negara baru-baru ini, saya menyaksikan bagaimana sikap ‘India Malaysia’ di dalam lawatan tersebut yang menyalahkan setiap program dan aktiviti yang dilakukan oleh pemandu pelancong berketurunan Cina. Malah setelah beberapa hari berdiam diri melihat gelagat India Malaysia yang asik kecoh di dalam lawatan tersebut, saya sudah tidak dapat menahan kesabaran dan terpaksa menegur sikap India Malaysia di dalam lawatan tersebut. Rupanya memang berasas benar sikap ini kepada sebahagian golongan profesional yang berlagak sombong dan angkuh dengan taraf mereka. Masyarakat India Malaysia harus disedarkan agar jangan terikut dengan kedua-dua bangsat seperti M. Kulasegaran dan Gobala. Jika orang India Malaysia yang berstatus profesional mula buat kecoh seperti ini kerajaan Malaysia wajar menawarkan pilihan untuk mereka berkhidmat di India untuk membantu membangunkan negara India atau sekurang-kurangnya menjadi motivator kepada rakyat India serta mengajar mereka mebuang air di tempat yang sepatutnya.  

Justeru permainan kotor puak-puak jumud dan berorentasi jahat ini harus diserang secara berani dan bukan lagi dengan lemah lembut oleh bangsa Melayu. Jika bangsa Melayu bacul dan takut untuk mempertahankan bangsa mereka sendiri biarlah saya yang berdarah Marlbari ini mempertahankan bangsa Melayu atas dasar bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada keturunan kami yang mendapat taraf warganegara, hidup aman makmur dan bahagia. Kerana itu saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa bangsa lain yang mempertikaikan ketuanan Melayu (Raja Melayu sebagai tunggak utama) adalah mereka yang mempertikaikan perlembagaan dan harus diambil tindakan amat tegas tanpa tolak ansur.

Bagi orang Melayu yang masih tidak tahu sejarah dan tamadun mereka yang baru setahun jagung, anda harus insaf bahawa anda tidak akan ada tempat untuk ‘menyelamatkan’ diri kerana belum pasti Indonesia akan menerima anda dengan tangan terbuka. Mungkin masih ada ‘buluh runcing’ menunggu jika anda berhasrat ke sana dalam situasi terdesak. Anda tidak mempunyai bumi dan tanah lain kecuali warisan nenek moyang yang telah dikorbankan atas dasar keikhlasan kepada kaum lain dan sanggup pula menukar kepada  nama tanah bertuah ini kepada Malaysia. Saya tidak tahu apakah ucapan yang paling hebat untuk orang Melayu kepada budi dan jasa yang tidak ternilai yang telah diberikan kepada keturunan India dan Cina yang asalnya merempat di Tanah Melayu kecuali terima kasih yang setingginya.

Berbanding orang Melayu, keturunan pendatang masih mempunyai rangkaian diseluruh dunia dalam apa keadaan kerana hubungan ini tidak pernah putus malah terus mereka perkukuhkan,   berbanding orang Melayu yang tidak ada pilihan selain terus bertapak dan ‘layu’ di negara sendiri. Justeru bagi menjamin nasib orang Melayu di negara ini, sebagai seorang berbangsa India berharap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dikaji semula. Jika bangsa Melayu ingin selamat di negara asal mereka maka Sistem Beraja harus diperkukuhkan, malah tidak mustahil untuk pemimpin politik Melayu membuang ego dan bodoh sombong mereka untuk  duduk berbincang agar tiada parti untuk mana-mana bangsa. Kebetulan pihak-pihak tertentu sering membawa isu mengenai parti berasaskan kaum maka langkah yang paling selamat  untuk sistem politik Malaysia ialah Sistem Beraja seperti diamalkan oleh Arab Saudi atau Brunai. Inilah saja jaminan masa depan orang Melayu yang semakin terhakis disebabkan sikap pemimpin India dan Cina yang tidak menghormati keikhlasan pemimpin Melayu selama ini. Malah konsep ketuanan Melayu mungkin wajar kita jadikan ‘Ketuanan Islam’ kerana inilah hebatnya agama Islam yang telah memberikan hak yang cukup adil untuk semua kaum di negara ini sejak merdeka hingga sekarang. Jika konsep ‘Ketuanan Islam’ dijadikan tunggak serta asas kepada perlembagaan, saya percaya pintu rundingan pemimpin PAS dan UMNO boleh dibuka kembali untuk kebaikan agama Islam, semua bangsa dan negara Malaysia

Majlis Mubarak Negeri Kedah



Rabu, 5 Januari 2011

NGO Melayu yang LAYU

Pandangan ini adalah kajian peribadi penulis terhadap NGO-NGO Melayu yang diperolehi melalui hasil temubual, pandangan pemimpin NGO,bekas pemimpin,  ahli akar umbi, pembacaan, pemerhatian dan juga komen dari rakan-rakan yang tidak berminat menyertai NGO Melayu : antaranya

1.  NGO sering dijadikan batu loncatan untuk kepentingan lain seperti jawatan politik dan lain-lain
2.  Menjadikan NGO sebagai alat dagangan atau jenama yang boleh menebalkan poket atau hak peribadi seperti Syarikat Sdn Bhd
3.  Menjadi pemimpin atau AJK sesebuah  NGO adalah alat mendapatkan peluang perniagaan atau populariti
4.  Tidak berperanan seiring dengan jawatan. Jawatan hanya sebagai kemegahan tanpa melakukan tugas yang diamanahkan
5.  Nilai dan teras perjuangan tidak menjadi fokus, sebaliknya program yang dilakukan 'lari dari matlamat'
6.  Ahli-ahli atau AJK menjadi pak turut dan TIDAK menjana pemikiran kepada NGO, ianya berkaitan tahap ilmu dan pendidikan pemimpin dan ahli
7.  Pemimpin merasakan segala kata-kata dan pandangannya adalah betul sehingga mengenepikan pandangan luar
8.  AJK  pak turut yang mempunyai kepentingan  bagi menambah pendapatan melalui NGO yang diperkuda turut menjadi NGO tidak dihormati.
9.   Tidak bermesyuarat dalam membuat keputusan  yang akhirnya menjejaskan kredibiliti serta  imej NGO
10. Sikap talam dua muka ahli/pemimpin untuk menjaga kepentingan  diri sendiri berbanding usaha menjaga reputasi NGO
11. Tidak mahu mengambil contoh dan kepimpinan NGO bangsa lain seperti bangsa Cina sebagai ‘buku panduan’ yang boleh memperkasakan NGO Melayu

Senarai pendek ini mungkin boleh ditambah oleh rakan-rakan  yang juga pemikir berkarisma, otak bergeliga,,jika terfikir diminda. Kita boleh mengambil contoh NGO seperti C.A.P. (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) sebagai contoh NGO yang berkesan, berwibawa dan dihormati dari dulu hingga kini. Apa yang boleh dipelajari dari CAP tentunya kerana keikhlasan CAP berdiri atas landasan bagi memperjuangkan 'hak-hak pegguna'..ia tidak pernah lari dari matlamat yang diasaskannya.