
Namun bagi siri ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang boleh dijadikan iktibar oleh pasangan suami isteri agar boleh mengelak dari terjadi kepada kita sendiri.
KES 1 : Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lalu ketika saya
membuat tuntutan kematian sahabat saya seorang pensyarah di sebuah IPG di
Utara. Isterinya surirumah sepenuh masa dan mereka mempunyai seorang anak
istimewa (OKU). Arwah meninggal secara mengejut ketika sedang memberikan
kuliah. Beliau tiada rekod penyakit dan difahamkan kematiannya adalah
disebabkan kolestrol dalam darah yang tinggi dan menyekat saluran darah ke
jantung.
Ketika tuntutan insuransnya dilakukan, saya dinasihatkan
oleh beberapa orang sahabat arwah agar membuat tuntutan itu tanpa mendedahkan
kepada keluarga arwah. Entah bagaimana saya dihubungi oleh abang kepada arwah
dan bertanyakan insurans si mati. Saya mencipta alasan dan selepas itu tidak
menghubungi kembali abang arwah. Ada
3 polisi arwah rakan saya ini dan dua darinya diuruskan oleh saya. Ketika
tuntutan dibuat, berlaku sedikit masalah kepada isteri rakan saya kerana arwah
tidak meletakkan PENAMA atau WASI. Namun dalam kesukaran, isteri arwah terpaksa membuat Akuan Sumpah dan akhirnya proses tuntutan itu berjaya diuruskan. Ketika menerima
cek tuntutan saya membuat penyerahan dengan ditemani rakan pensyarah di IPG berkenaan. Saya
dinasihatkan tidak menghebahkan penyerahan ini di mana-mana media. Saya
menghormati permintaan tersebut. Permintaaan ini ada kaitan dengan sikap tamak
dan tidak berperikemanusiaan adik beradik kepada arwah rakan saya ini dan
mahukan bahagian mereka dari tuntutan insurans tersebut.
KES 2 : Dalam satu taklimat di sebuah jabatan, isu ini saya
bongkar. Seorang Penolong Pengarah mengatakan kejadian tersebut juga berlaku
kepada jirannya. Mengikut cerita beliau, pasangan suami isteri ini bertugas
sebagai guru dan suaminya meninggal dunia dan terdapat beberapa polisi insurans. Akibat TIDAK meletakkan PENAMA, maka kaum keluarga si suami yang juga terpelajar turut campurtangan menuntut bahagian mereka.
Cr.Lukman Moidin & ShahfaliqTeo